Jawatan Pengerusi diwujudkan hanya untuk menghormati Tun M

SEREMBAN - Tidak salah menggugurkan jawatan Pengerusi dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ia bukan satu keperluan buat masa ini.

Bendahari Pertubuhan Angkatan Baru Malaysia, Amzaidin Amirudin berkata, ketika ini pun jawatan Pengerusi Bersatu tidak nampak keperluannya sebaliknya hanya menyebabkan pertindihan kuasa.

Beliau yang merupakan calon Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Malaysia berkata, jawatan Pengerusi diwujudkan sebelum ini hanya untuk menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasas Bersatu.

"Pada pandangan saya, jawatan tersebut jika tidak diadakan pun tidak mengapa. Sebab itu usul mengenai perkara tersebut mungkin akan dibawa pada mesyuarat agung tahunan nanti. Kemungkinan untuk gugurkan jawatan tersebut memang ada kerana ia telah pun kosong ketika ini.

"Bagaimanapun jika pada masa hadapan ada keperluan untuk mewujudkan semula jawatan tersebut, kita mengalu-alukan namun dengan bidang kuasa yang terhad serta bukannya eksekutif," katanya kepada Sinar Harian.

Amzaidin berkata, parti lain seperti Pas mempunyai jawatan Mursyidul Am, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai Ketua Umum, namun jawatan tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam pentadbiran parti.

"Perubahan perlu dilakukan demi mencapai matlamat serta kesejahteraan bersama dengan lebih baik," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan