Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dilaporkan telah ditamatkan kontraknya
sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkuat
kuasa hari ini.
Kontrak beliau bersama Yadim sepatutnya tamat pada Disember 2020
bagaimanapun hari ini beliau memaklumkan hari terakhirnya di Yadim.
“Waktu PH memerintah tahun 2018, jawatan YDP Yadim (yang dilantik zaman BN) tidak dipecat hingga tamatnya kontrak.
“Khabarnya juga hari ini Menteri Agama panggil Utz Nik Omar,
dimaklumkan hari ini hari terakhir sebagai Pengerusi Yadim dan esok akan
dilantik Pengerusi Yadim baru, khabarnya Ustaz Din Towi. Ad hoc!
“Kerajaan PN ni agak rakus, tapi kerakusan kamu yang majoriti 2 Ahli
Parlimen sahaja itu boleh bertahan selama mana? 113 (PN) vs 109 (PH+)
“Moga rakyat dapat menilai secara rasional perbandingan PH dan PN,
dalam isu perlantikan Pengerusi YADIM,” tulis Syam Ghaz atau Hisyamudin
Ghazali di Facebooknya malam ini.
Syam Ghaz yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional turut berkongsi ‘print screen’ surat Nik Omar kepada kakitangan Yadim.
Nik Omar memaklumkan hari ini adalah hari terakhir beliau di Yadim kepada kakitanganya melalui emel.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan