Dakwaan Pas membuat fitnah kepada Tabung Haji bergema di Dewan
Undangan Negeri Selangor apabila para Adun menempelak balik ucapan Ketua
Pembangkang Selangor.
Adun Templer dari AMANAH, Mohd Sany Hamzan berkata, Pas terbukti
menyebarkan fitnah apabila mendakwa aset Tabung Haji dijual kepada bukan
Islam tetapi dinafikan oleh Perdana Menteri dalam jawapannya di Dewan
Rakyat.
“Ini Pas ni, hari-hari yang dok sebut aset Tabung Haji yang
diserahkan kepada orang bukan Islam. Ini yang fitnah ni,” kata Sany
ketika mencelah dalam Dun Selangor semalam.
Menurut Sany, perkara ini terbukti apabila Perdana Menteri dalam
jawapannya secara bertulis di Dewan Rakyat menyebut Tabung Haji telah
memperolehi keuntungan besar dalam laporan setengah tahun pertama 2020.
Jawapan rasmi itu juga menafikan aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam.
Isu Tabung Haji hangat di Dewan Rakyat dan perbincangan netizen berikutan jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan