Editor
buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia telah
memberikan maklumat, termasuk keberadaannya, kepada polis, menurut
peguamnya Fahri Azzat.
Ia bertentangan dengan kenyataan Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed seperti
dipetik Bernama semalam, bahawa Kean Wong telah keluar Malaysia dan tidak dapat dipastikan keberadaannya.
Menurut
Fahri, Wong telah mengarahkannya untuk memberikan alamat, nombor
telefon dan emelnya kepada polis, susulan siasatan pihak berkuasa
terhadap buku tersebut.
"Pada 3 Julai, anak guam saya telah
arahkan untuk berhubung dengan Inspektor Zakiman dari Bukit Aman untuk
memaklumkan saya telah dilantik untuk mewakilinya. Pada hari sama,
Inspektor Zakiman berhubung dengan saya untuk meminta alamat, nombor
telefon dan emel anak guam saya.
"Pada
6 Julai, selepas diarahkan anak guam, saya maklumkan ketiga-tiga
maklumat yang diminta kepada inspektor itu," katanya dalam kenyataan
kepada Malaysiakini.
Kata Fahri lagi, polis masih belum menghubungi Wong selepas maklumat tersebut diberikan.
Laporan Bernama semalam menyatakan Wong dikesan telah melarikan diri ke luar negara.
Laporan itu memetik Huzir sebagai berkata, dia didapati telah ke luar negara sejak 21 Januari.
“Dia
(editor) telah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan
keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ telah menyenaraikannya
sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan,”
katanya seperti dipetik.
Bagaimanapun, Fahri berkata Wong
sememangnya merupakan penduduk tetap Australia dan telah menetap di
negara itu sejak sekitar 2003-2004.
"Dia telah balik ke Malaysia
untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga dan pulang ke Australia
pada 28 Januari 2020. Sejak itu, dia tidak pulang ke Malaysia," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Buku tersebut, yang didakwa menghina
jata negara, kini disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama
2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia mula menarik perhatian awam selepas tular di media sosial akhir bulan lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan