Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mencadangkan
agar semua Ahli Parlimen Umno menarik diri dari memberikan sokongan
kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak yang dipecat dari MT Umno itu
berkata, jika 23 sahaja dari MP Umno sedia undur diri, kerajaan PN akan
jatuh.
Lokman berkata demikian melalui siaran langsung menerusi Facebook
beliau yang dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan
hukuman 12 tahun penjara dan RM210 juta denda ke atas Najib.
Sehingga pagi ini, lebih 60,000 telah menyaksikan siaran ini dengan
650 pengguna telah turut berkongsi siaran ini menerusi akaun mereka.
“Kalau kita boleh tarik diri, pilihan raya umum akan diadakan pada masa terdekat,” kata beliau dalam siaran itu.
Menurut Lokman, peluang terdekat yang perlu digunakan adalah semasa
perbentangan Belanjawan 2021 yang dijangka akan dibuat pada bulan
Oktober nanti.
Lokman yakin, Pas akan terus bersama dengan Umno jika apa yang dibuat ini berjaya.
“Saya yakin Pas tak pergi kepada Muhyiddin manakala akar umbi pula akan terus bersama dengan Najib,” kata beliau.
Lokman menjelaskan, Umno tidak boleh berharap kepada kumpulan ahli
Parlimen Umno yang dipimpin oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan
Khairy Jamaluddin kerana mereka bila-bila masa boleh lari dari Umno.
Atas dasar itulah, katanya, jumlah minima yang diperlukan adalah 23 MP Umno menyokong usul ini.
Mereka memerlukan 23 MP kerana yakin enam MP yang bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad dan sembilan MP Warisan akan menyokong Muhyiddin jika
undi ini dijalankan.
“Ini kerana saya yakin Azmin akan mampu menarik sekurang-kurangnya empat MP lagi,” kata Lokman dalam siaran itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan