SEKTOR perbankan mengalami kerugian berjumlah RM6.4 bilion akibat
moratorium selama enam bulan yang akan berakhir September ini, kata
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata bank dianggar mengalami kerugian pengubahsuaian hari
pertama Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 9) sebanyak RM1.06
bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium.
“Untuk tempoh enam bulan moratorium diberikan secara keseluruhan,
jumlah kerugian dianggar mencecah RM6.4 bilion, bersamaan dengan
pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu
sebanyak RM79 bilion kepada peminjam,” kata tengku Zafrul pada sesi soal
jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan dari Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai kerugian yang dialami sektor bank akibat moratorium pinjaman.
Lim sebelum itu bertanya kepada menteri kewangan sama ada moratorium
pinjaman akan dilanjutkan dan jika tidak apakah bentuk bantuan yang akan
diberi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan individu yang
mengalami masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia satu-satunya negara yang
melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan bermula April
hingga September untuk membantu peminjam dan PKS.
“Sehingga kini lebih 7.7 juta rakyat atau 93% peminjam individu,
serta lebih 243,000 perniagaan atau 95% peminjam PKS memanfaatkan
moratorium pinjaman.”
Walaupun moratorium tidak meliputi hutang pemegang kad kredit, bank
menawarkan penukaran baki tertunggak kad kredit kepada pinjaman
berjangka untuk tempoh sehingga tiga tahun dengan kadar faedah lebih
rendah daripada kadar kad kredit biasa, tambahnya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan