KUALA LUMPUR: Wanita PKR mengecam sekeras-kerasnya
tindakan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang
didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan seksis pada sidang
Dewan Rakyat semalam.
Naib Ketua Wanita PKR Sengetha Jayakumar
berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan sikap dan jati diri yang
rendah dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat.
Tambahnya,
perkara itu secara tidak langsung memperlihatkan tradisi kebiasaan
pemerintahan lama yang gemar bersikap rasis dan seksis.
"Wanita
PKR yang mengikuti pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ke-3 Parlimen
Ke-14 semalam turut melahirkan rasa kesal kerana tindakan ini tidak
ditegur Ahli Parlimen wanita dari Perikatan Nasional (PN).
"Apatah lagi ia melibatkan kenyataan berbaur perkauman dan
merendah-rendahkan martabat wanita yang selama ini diangkat tinggi oleh
pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
"Perkara sedemikian turut
mencerminkan betapa peranan wanita tidak pernah menjadi agenda penting
PN dan mereka hanya berminat dengan perebutan kuasa serta memegang
peranan penting," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, Abdul Azeez (BN-Baling) dikatakan
mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan seksis terhadap Kasthuriraani
Patto (DAP-Batu Kawan) semasa Datuk Azhar Azizan Harun memberi ucapan
usul pelantikan Jawatankuasa Pemilih.
Abdul Azeez mengungkapkan
ayat "gelap, tak nampak” ketika Kasthuriraani bangun mencelah
mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita dalam jawatankuasa itu.
Keadaan itu menyebabkan Kasthuriraani dan R.S.N Rayer (PH-Jelutong)
bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat serta meminta Azhar mengarahkan
Abdul Azeez menarik balik perkataan ‘gelap tak nampak’ kerana disifatkan
berbaur perkauman.
Azhar berkata perkara yang dibangkitkan
Kasthuriraani boleh dibawa semasa perbahasan usul itu dan meminta
meneruskan perbahasan tanpa membuat keputusan mengenai perkataan yang
diungkapkan Abdul Azeez.
Beberapa ahli blok pembangkang,
antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa); Chang Lih Kang
(PH-Tanjong Malim) dan P. Prabakaran (PH-Batu) mendesak Azhar menetapkan
peraturan atas perkataan diungkapkan Abdul Azeez.
Namun, Abdul
Azeez mempertahankan perkataan yang digunakan atas alasan beliau juga
berkulit gelap dan berkata: "pakailah bedak selesai masalah”.
Perkara itu ibarat mencurah minyak ke dalam api apabila Kasthuriraani
mendakwa dirinya dianiayai berikutan kenyataan Abdul Azeez dianggap
seksis.
Abdul Azeez bagaimanapun menarik balik perkataan itu
setelah lebih 10 minit kekecohan dan desakan bertalu-talu blok
pembangkang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan