Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Aiman Athirah Al
Jundi tampil menafikan fitnah kononnya berlaku perang mulut antara dua
tokoh pimpinan parti itu berhubung pertembungan Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengesahkan bahawa dakwaan wujudnya perang mulut antara Naib
Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Pengarah Komunikasi parti,
Khalid Abd Samad dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional
semalam sama sekali tidak benar.
Menurutnya, mesyuarat tersebut sebaliknya berlangsung secara matang dan penuh ukhuwwah dalam sejarah kewujudan AMANAH.
“Semua pandangan dicermati, disusun dan diperkemas dengan mudah kerana semua bermatlamat sama. Tiada agenda dalam agenda.
“Tiada kumpulan dalam kumpulan. Yang dibina kukuh adalah jati diri AMANAH dan Harapan,” katanya yang juga Ahli Dewan Negara itu.
Terdahulu, seorang penyokong tegar Pas melalui ulasannya di saluran
Al-Hajari Studios mendakwa wujud perang mulut antara Mujahid dan Khalid
berhubung isu pencalonan Perdana Menteri.
“Saya difahamkan berlaku perlagaan pendapat yang begitu besar antara Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa.
“Khalid menyebelahi Tun iaitu bersetuju dengan cadangan melantik
Shafie Apdal sebagai calon Perdana tetapi Mujahid kekal dengan cadangan
Anwar sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah ditetapkan oleh
konsensus Pakatan Harapan (PH) ketika PRU-14.
“Mereka pun bergaduh, bertekak. Hujah Khalid Samad, kita tidak boleh
sokong Anwar lagi dah kerana Anwar pengkhianat sebab mengadakan
pertemuan dan perbincangan dengan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah
Zainuddin dan Muhyiddin sendiri di belakang tabir tanpa pengetahuan DAP
dan PAN,” jaja Fais Al-Hajari yang menggelar AMANAH sebagai PAN.
Terus dicemburui
Mengulas lanjut, Athirah menyifatkan AMANAH sebagai parti yang terus
dicemburui apabila ada pihak mengada-adakan cerita kononnya berlaku
perang mulut antara Khalid dan Mujahid dalam mesyuarat itu.
Tegas Athirah, AMANAH berjaya keluar daripada kelaziman politik
keakuan yang sering melihat perbezaan sebagai ancaman dan perpecahan
yang akhirnya rencam memporak-perandakan sesebuah parti, setua mana pun
hayatnya.
“AMANAH tidak bicara soal posisi sendiri, tetapi sebaliknya fokus
melihat isu pokok adalah mandat rakyat, soal negara dan kesejahteraan
rakyat.
“AMANAH bukan tempat untuk mana-mana pihak mengadu kehebatan mereka
secara peribadi, AMANAH bukan alat kepada mana-mana pihak daripada luar
parti, tak kiralah siapa pun mereka,” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan