SEBELUM ini beberapa pemerhati dan penganalisa politik membuat penilaian mengenai masa depan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau Bersatu) yang sudah berpecah dua itu.
Ada
secara simplistik meramalkan Bersatu tidak boleh bergerak jauh dan akan
menghadapi masalah. Tanpa adanya Dr Mahathir bersama yang menjadi roh
kepada parti itu, Bersatu akan terkulai.
Ada
juga yang berpendapat langkah Bersatu yang terpaksa berpakat dengan
Umno untuk menjatuhkan kerajaan PH ia langkah terpaksa dibuat yang
membimbangkan masa depan Bersatu. Dengan mengambil kira Umno sebagai
sebuah parti lama berpengalaman, Bersatu akan dileburkan oleh Umno.
Pertama-tama
masalah akan dihadapi Bersatu dalam pembahagian kerusi pada pilihan
raya akan datang. Disebabkan kedua parti itu bernuansa yang sama,
nasionalis Melayu maka dijangka berlaku pertindihan dan perebutan
pengaruh. Apa lagi Bersatu itu dilahirkan dari tulang rusuk Umno ia
senantiasa menjadi kesangsian dan kecemburuan Umno. Masakan Umno tidak
ada dendam tersembunyi?
Sebagai
pecahan Bersatu yang bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) kemudian
berjaya menumbangkan kerajaan Umno, kejadian itu sesuatu memilukan dan
pasti Umno berdendam dengan Bersatu. Sejarah itulah dibaca sebagai
Bersatu tidak akan bertahan lama.
Penerimaan dan kesediaan Umno terhadap Bersatu sehingga tertubuh kerajaan PN hanya disegi zahir sahaja tetapi tidak dari dhamirnya. Lantaran itu diperkirakan Bersatu tidak akan mampu bergerak bebas dan mengembangkan pengaruhnya, Umno akan menaunginya. Apa lagi bila mengenangkan dalam politik tidak ada keikhlasan dan para pemainnya selalu bertindak seperti ketam dalam bakul, yang saling pijak memijak untuk menguak ke atas, diramalkan Bersatu dan Umno bermasalah.
Perebutan kerusi.
Masalah
utama Bersatu dengan Umno adalah perebutan pengaruh dari kalangan
kelompok sama, Melayu. Keadaan ini menyebabkan apabila sampai kepada
agenda pembahagian kerusi dalam pilihan raya kelak akan timbul kerumitan
itu. Untuk berpakat menjatuhkan kerajaan PH dan bentuk kerajaan PN
mungkin mudah, tetapi untuk masa depan itu meneruskan kemenangan itu
bukan perkara gampang.
Kerusi dimenangi oleh Bersatu dalam Piraum lalu sebanyak 13
kerusi kemudian terpaksa dibahagi dua dengan Dr Mahathir, bernisbah 7 :
6 kerusi-kerusi itu adalah kerusi Umno. Umno sudah lama menguasai
kerusi tersebut dianggap kerusi tradisi mereka. Jadi apabila Bersatu
bersama Umno, masalah untuk membahagikan kerusi itu akan berlaku.
Maka
adalah penganalisa dan pengulas politik yang membuat andaian, mereka
yang takut kepada kehebatan Umno selaku gajah penarik lama yang berjasa,
Bersatu akan ditelan oleh Umno. Mereka membayangkan Umno tidak akan
beri laluan kepada Bersatu. Sudah pasti Umno mahu kekal sebagai parti
yang memperjuangkan Melayu, dan senantiasa teringat kepada kerajaan yang
hilang itu.
Disitulah
nanti akan muncul masalah. Justeru mereka yang kecewa dengan Muhyiddin
membawa Bersatu untuk bersama Umno dan Pas, terkilan. Mereka
membayangkan tindakan itu sebagai silap dan memusnahakan Bersatu
sendiri. Langkah menerima parti dipimpin kleptokrasi tidak menguntungkan
Bersatu. Kebimbangan ini disuarakan oleh beberapa ahli parlimen Bersatu
yang tidak bersama Muhyiddin. Misalnya MP Sipang Renggam yang pemerhati
politik akademis Maszlee Malik membayangkan Bersatu akan ditelan hidup-hidup oleh Umno.
Berubah corak.
Mulanya
pandangan itu ada kebenaran dan logik dengan melihata keupayaan dan
sejarah lampau Umno. Tetapi kini keadaan sudah berubah. Kebimbangan atau
risiko bakal dihadapi Bersatu itu cepat disedari oleh Muhyiddin. Para
pemikir dalam Bersatu mula bertindak menyelamatkan diri mereka dan
mengatasinya. Tampaknya cepat dan bijak juga pemuka Bersatu bertindak.
Kerana terlalu sakit hati dengan tindakan Muhyiddin sampai ada yang
terlupai akan kelicitan Muhyiddin dalam bersiasah.
Ada
beberapa langkah telah diambil oleh Bersatu dimana langkah ini seakan
tidak disedari atau dibiarkan pula oleh Umno. Langkah ini terbit dari
kelicitan perdana menteri itu. Sikap lemau Umno kerana ada faktor
tertentu antaranya kerana kedudukan presidennya kini yang bergerak
separuh jiwa sahaja kerana diri dibelit masalah di mahkamah.
Langkah-langkah Bersatu ini satu tindakan yang tidak terduga sebelum
ini.
1. Menguatkan kerjasama, mengemaskan ikatan dengan Pas.
Dengan
menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri, presiden Bersatu
Muhyiddin Yassin merapatkan kerjasama dengan Pas. Muhyiddin nampak
memberi mata yang lebih kepada Pas dan situasi ini menyeronokkan Pas
sebagai parti baru merasai kuasa dan penuh obsesi. Tujuan Muyiddin
merapatkan kerjasama dengan Pas adalah untuk merelaikan MN. Itu
motifnya. Muhyiddin cuba menyakinkan Pas bahawa partinya dengan rekod
pemimpin yang tidak ada masalah lebih baik berbanding Umno yang mana
ramai pemimpinnya bercabut.
Untuk
tujuan itulah maka Muhyuddin mendesak agar PN didaftarkan sebagai
gabungan sah yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kelak.
Tujuannya jelas dengan mendaftarkan PN sebagai gabungan sah beliau
dengan kedudukan sebagai PM akan jadi pengerusi PN. Banyak keuntungan
dan kuasanya luas dengan menjadikan pengerusi gabungan antaranya orang
yang akan menandatangani watikah untuk bertanding.
Tindakan
ini disedari oleh Zahid kerana itu mulanya beliau bersikeras untuk
tidak bersama PN dan mahu kekal dalam Muafakat Nasional (MN). Zahid
pernah mengumumkan tindakan drastik MN keluar daripada PN, dan kerjasama
MN dengan PN hanya diperingkat parlimen sahaja. Bagaimana ketagasan
Zahid itu akahirnya mencair juga. Kenapa?
2. Berunding dengan Pas.
Tanpa
diketahui dan diberi tahu diam-diam Muhyiddin telah beruding dengan
Abdul Hadi Awang untuk menubuhkan PN sebagai gabungan sah. Beliau
berjaya memujuk Pas agar mengajak Umno dengan alasan-lasan kepentingan
bersama. Pas pula menampakkan kecenderongan luar biasa kepada Bersatu
apabila telah menyatakan persetujuan atas pelawaan Muhyiddin untuk jadi
anggota penaja PN.
Difahamkan
Pas telah menamakana Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man dan
Khairuddin Aiman Razali sebagai wakil Pas ke arah penubuhan. Perkara ini
disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Kecenderongan
Pas ini ternyata gagal dibendung oleh Umno.
3. Menambah kekuatan Bersatu.
Tidak
cukup itu Muhyiddin terus mengatur dan mencatur usaha untuk mencapai
hasratnya menguasai gabungan PN. Untuk menanmpakkan Bersatu bergerak ke
depan dan memperluaskan pengaruhnya, Muhyiddin menerima Azmin Ali dan
kumpulannya menjadi ahli Bersatu.
Pada
mulanya terdengar desas desus Azmin akan menbuhkan parti baru, tetapi
rancangan sudah berubah dengan Azmin dan sembilan (9) MP lain akhirnya
menyertai Bersatu. Dengan bergabungnnya Azmin bersama Bersatu, kekuatan
Bersatu dari kapasititi MP sudah bertambah daripada 22 kepada 32 kini.
Bersatu kini menjadi ketumbukan kedua terbesar dari segi MP selepas Umno yang 39
orang. Dengan mengambil kira Bersatu menjadi lebih intim dengan Pas,
mereka akan memiliki 50 kerusi parlimen dimana angkanya sudah mengatasi
Umno. Penyertaan Azmin ke dalam Bersatu jangan dipandang remeh ia adalah
persiapan untuk Bersatu jadi makin ampuh.
4. Guna kedudukan sebagai PM.
Bagi
menguasai keadaan Muhyiddin akan menggunakan posisinya sebagai PM dan
kuasa prerogetif yang ada, dan dengan sokongan Pas dan Azmin untuk
mendahului Umno. Tindakan dan strategi itu menjadikan Umno Umno
perlahan-lahan jadi kumpulan kecil bersediri dalam PN. Walaupun Umno ada
tiga rakan MCA dan MIC tetapi ia bukan menjadi rakan setia kerana
apabila kekuasaan menjadi penentu. Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan
mengikut ke arah mana angin bertiup sahaja.
Persoalnnya
apakah Umno sedar apa yang sedang diatur dan dirancang sekarang ini.
Bersatu kini sedang menguatkan dirinya daripada ular Lidi untuk menjadi
seekor Naga yang perkasa dan akan menelan gajah tempang bernama Umno.
Zat-zat atau gizi digunakan oleh Muhyiddin untuk membesarkan diri
menjadi Naga ialah dengan merapatkan kerjasama dengan Pas dan
menggunakan Azmin sebagai bahan bicarbonat politik Bersatu.
Sekiranya
Umno mahu jadi parti yang relevan kena sedar perkembangan ini. Keadaan
Umno seperti gajah tempang itu perlu disembuhkan segera. Langkah drastik
berani dan bertanggungjawab peluru diambil. Gajah itu kena dibawa
berubat dan berjumpa doktor atau pawang pandai.
Caranya,
ialah Umno perlu menyusun barisan sendiri dan menginsafi kekuatan asal,
nekad untuk bertanding sendiri tanpa memikirkan penggabungan dengan
mana-mana pihak. Seperkara Umno kena ingat dan sedar akan sumpah sejak
azali Pas yang akan menentangnya kerana perbezaan ideologi. Satu hal
lagi Umno kena bijak dan memahami sejarah dalam bersahabat dengan Pas,
begitu juga Pas dengan Umno. Sebagai parti lama Umno tentu sudah masa
dengan sepak teranjang politik.
Seperti dinyatakan tindakan paling afdal ialah perkasakan Gajah dan buang Gembala sakit itu.
Sekiranya
gembala itu masih merasa dia mampu, masih belum mengaku masalah
dirinya, Umno tidak perlu ragu-ragu jatuhkan dia dari belakang Gajah
itu. Letakkan orang lain di atas rengganya biar orang itu
mengedarainya. Sebaik-baiknya Zahid dan Najib Razak rela berundur secara
terhormat dan tidak menjadikan dia sebagai faktor dalam Umno. Itu
tindakan terbaik kalau mereka berdua sayangkan Umno. Orang Umno jangan
jadikan mereka sebagai faktor kepada kekuatan Umno.
Muka
baru yang tidak ada dosa perlu diangkat dan salah seorang daripada
mereka perlu dipilih sebagai gembala baru. Timbalan Presiden Mohamad
Hassan dan Naib-naib presiden Umno boleh memainkan peranana ini; Ismail Sabri Yaacob, Khalid Norden dan Mahadzir Khalid
dengan dibantu ketua pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan juga ketua Wanita,
Puteri dan lain-lain. Golongan profesional dalam Umno juga tidak perlu
terikat dengan paradigma lama dalam Umno yang merosakkan parti itu.
Kalau
nama-nama itu tadi berasakan tidak termampu untuk berhadapan dengan
Muhyiddin yang lebih senior daripada mereka, Umno masih ada Tengku Razaleigh Hamzah.
Tawar atau berikan peluang untuk mengembala gajah bernama Umno itu
kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Janganlah akan keusangan Tengku
Razaleigh dalam politik tetapi tengoklah integriti yang ada kepadanya.
Tindakan ini perlu dipercepatkan dan jangan tunggu sementara Bersatu terus membesarkan perut dan mulutnya untuk menjadi Naga.
0 comments:
Catat Ulasan