PRU-15 : Ahmad akur jika digugurkan

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said akur jika namanya digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahmad berkata, terpulang kepada pertimbangan pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada mengekalkannya atau sebaliknya.

“Hendak kata guana (macam mana), nasib lah Pengerusi kena gugur,” katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya kesediaan beliau bertanding di kerusi Parlimen, Ahmad Said enggan mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan kepada kewibawaan pucuk pimpinan untuk memutuskannya.

Baru-baru ini isu agihan kerusi di Terengganu panas apabila Ahmad menegaskan kesediaan parti itu bertanding di kesemua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada PRU-15.

Pendirian Ahmad Said itu susulan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang Pas mahu mempertahankan enam kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan