Oleh Arif Atan
Mulanya
mengecam bekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
Syed Saddiq Abdul Rahman, tetapi dirinya pula jadi bahan kutukan
warganet.
Itu nasib menimpa Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani apabila rata-rata komentar di akaun Facebook miliknya mencerca ‘ustaz azab kubur’ itu.
Terdahulu, Syed Saddiq mempersoalkan apakah hukum hudud
dikuatkuasakan secara adil jika dilaksanakan ekoran menteri Pas, Datuk
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingkari Prosedur Operasi Standard
(SOP) kuarantin.
“Rakyat biasa yang langgar kuarantin, didenda RM12,000 dan dipenjara sampai lima bulan.
“Bila melibatkan menteri, “undang undang” lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.
“Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri
potong kuku (potong gaji) sahaja,” ciap Ahli Parlimen Muar itu di
Twitter.
Bagaimanapun, Dasuki dalam reaksinya terus ‘menghukum’ Syed Saddiq sebagai “nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam!”
Aqil baligh
Menggelar Syed Saddiq sebagai ‘budak baru aqil baligh’, Dasuki
mengingatkan sama ada bercakap atau menulis biar rasa ada dosa dan
pahala.
“Jika kata-kata ‘budak baru aqil baligh’ ini sengaja, ia merupakan dosa besar mempersendakan hukum agama.
“Jika atas kejahilan, maka beristigfar dan bertaubatlah. Setiap apa yang kita ingin luahkan, cubalah pandang kiri dan kanan.
“Maknanya tanya dulu kesan hukum dari kata-kata jijik ini. Nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam!
“Yang kamu benci terhadap menteri itu satu perkara yang berbeza dengan mempersendakan hukum agama! Ada faham?” kata Dasuki.
Susulan itu, ribuan komen membanjiri hantaran itu dengan lebih 5,100
komentar dan hampir 2,000 perkongsian dalam tempoh hanya 21 jam dimuat
naik.
Rata-rata mengingatkan Dasuki untuk tidak memutar belit isu kerana Syed Saddiq bukannya mempertikaikan hukum.
“Dia bukan persenda agama, dia persenda menteri,” kata Hamka Alif.
Sementara itu, Omar Aziz berkata, bekas menteri Pakatan Harapan (PH)
itu mempertikaikan cara perlaksanaan dan kegagalan pemimpin mematuhi
undang-undang.
“Buat hudud nanti kalau pemerintah berat sebelah. Mohon ustaz baca dulu apa yang diterangkan oleh Sadiq,” katanya.
Begitu juga Amet Udin
yang menulis, “Betul kalau dilihat dari berlainan sudut. Jangan putar belit.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan