14 keranda lama ditemui di Mesir


 KEMENTERIAN Antikuiti Mesir semalam mengumumkan penemuan 14 keranda yang dikebumikan selama 2,500 tahun di Saqqara di selatan Kaherah

Keranda itu ditemui dua hari lalu semasa penggalian arkeologi di tempat pengebumian di mana 13 lagi keranda kayu ditemui minggu lalu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Bandar Saqqara yang terletak kira-kira 16 kilometer di selatan piramid Giza adalah sebahagian dari kota kuno Memphis, sebuah tapak Warisan Dunia dan tapak utama Pirmadi Djoser.

Gambar-gambar keranda kayu yang dipelihara dengan baik menunjukkan lukisan berhias dan rumit dengan garis berwarna merah serta biru dan gambar hieroglif.

Kementerian itu berkata lebih banyak penggalian telah dirancang dengan jangkaan terdapat satu lagi kawasan mengandungi keranda kayu akan ditemui di lokasi berkenaan.

Dalam satu video yang diedarkan bulan ini mengumumkan penemuan tersebut, Menteri Pelancongan dan Barang Antik Khaled al-Anani berkata penemuan baru-baru ini di Saqqara adalah “satu permulaan sahaja”.

Mesir telah berusaha untuk mempromosikan penemuan arkeologi di seluruh negara dalam usaha menghidupkan semula sektor pelancongan yang terkesan akibat sekatan perjalanan disebabkan pandemik koronavirus.

Pada Julai pihak berkuasa membuka semula piramid Giza dan tempat-tempat arkeologi yang lain kepada orang ramai selepas ditutup selama tiga bulan serta mengetepikan yuran visa pelancong bagi menarik minat pengunjung.

Mesir juga merancang untuk melancarkan projek utama Muzium Grand Mesir dalam beberapa bulan mendatang.

Sektor pelancongan yang dilanda pergolakan politik dan serangan keganasan selama bertahun-tahun telah pulih untuk menarik pengunjung sekitar 13.6 juta tahun lalu ketika krisis Covid-19 melanda. – AFP
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan