Warisan sudah menjadi parti yang amat ditakuti oleh lawan.


Oleh Matt Le Tissier

Baru 2 tahun lebih memerintah, Warisan sudah menjadi parti yang amat ditakuti oleh lawan.

Buktinya:

1. Mengupah ratusan cybertroopers untuk memburukkan imej DSSA, pemimpin Warisan Plus dan kerajaan negeri.

2. Cuba menghancurkan akar umbi Warisan melalui Trojan Horse yang menghasut pejuang-pejuang Warisan.

3. Mengerahkan bekas-bekas ahli UMNO BN yang masuk ke Warisan untuk keluar balik secara beramai-ramai bagi memberi gambaran bahawa akar umbi Warisan hancur kerana tidak percayakan kepimpinan DSSA.

4. Memancing YB-YB Warisan Plus dengan tawaran yang lumayan dan ugutan akan dibuka kes lama supaya YB-YB ni lompat keluar kerana, kononnya mereka ni hilang kepercayaan terhadap DSSA yang enggan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

5. Cubaan Rampasan Kuasa Musa Aman dan Geng Kataknya agar tempoh kerajaan Warisan dapat dipendekkan untuk menidakkan lebih ramai rakyat Sabah melihat kemampuan kerajaan Warisan Plus ini lebih baik dari BN.

6. Bila usaha itu juga gagal kerana DUN dibubar, mereka lawan keputusan TYT di mahkamah tapi pai ulung.

7. Mereka, melalui cytro mereka dan sekutu, menyerang Warisan dengan memainkan isu PTI yang melampau sangat.

8. Cuba bermain sentimen agama kerana DSSA merupakan seorang CM yang tidak memilih bangsa dan agama dlm memperjuangkan hak-hak orang Sabah.

9. Menakutkan orang Sabah dengan menggunakan isu pendemik C19 sebagai alasan PRN tidak sepatutnya berlaku dikala pendemik ini masih wujud.

10. Berganding bahu dengan BN + PN untuk melawan Warisan Plus.

11. Tidak cukup dengan itu, PCS di rebrand kononnya local party yang independent tidak terikat dengan Malaya tapi dibelakang PCS ada Musa Aman.

12. Turut diberi nafas baru ialah LDP sambil dibantu oleh Gagasan dan USNO.

13. Lagi nda cukup, dipanggil keluar semua pemimpin politik yang veteran seperti Chong Kah Kiat dan Amir Kahar Tun Mustapha serta isteri, dan beberapa lagi.

14. Pertembungan sesama sendiri PBS, STAR, UMNO, PPBM dan lain-lain adalah bukti mereka ingin pecahkan undi.

15. Bekas-bekas YB katak turut diarahkan bertanding atas tiket bebas untuk tambah pecahkan undi.

16. Cytro mereka menghasut pengundi untuk tidak turun mengundi dengan menggunakan isu Covid-19 tiba-tiba naik mendadak. "Low turn out" akan memberi mereka ini kelebihan untuk menang.

17. Bila mereka menang, mereka akan bergabung untuk tubuhkan kerajaan baru.

18. Sekarang hampir semua jentera BN dan PN berkampung di Sabah. Ofcoz mereka tidak datang dengan tangan kosong.

Namun, apa yang jelas di mata rakyat Sabah ialah, PN dan BN mendapat kerusi yang lebih banyak banding local party yang menjadi sekutu mereka, berbeza dgn Warisan, parti tempatan yang memimpin Semenanjung based party. Sekaligus memberi gambaran jelas tiada perbezaan ketara cara BN/PN dengan era BN.


 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan