Ahli MT Umno positif Covid-19 di PRN Sabah

 


AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Razlan Rafii didapati positif Covid-19 ketika sedang berkempen di Sipitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata laporan media.

Malaysiakini melaporkan Razlan dimasukkan ke Hospital Kota Kinabalu dan sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua untuk mengesahkan semula hasil ujian saringan pertama.

“Ujian saringan pertama ialah RTK (kit ujian pantas). Keputusan dijangka keluar hari ini atau esok,” katanya dipetik sebagai berkata oleh portal berita berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin malam tadi berkata ia kes yang disyaki dan belum disahkan.

Bung berkata pemimpin Umno itu dikenakan menjalani kuarantin 14 hari.

SuaraTV dalam satu laporan memetik sumber berkata semua kontak rapat Razlan sudah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob, sementara itu berkata beliau tidak menerima laporan rasmi berkenaan perkara itu.

Bagaimanapun, katanya jika ia benar, maka pesakit perlu menjalani kuarantin penuh di Sabah dan perlu sembuh sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang ke semenanjung.

“Ini sebabnya kenapa saya selalu ingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan oleh kerajaan,” kata laporan itu.

Ismail berkata Kabinet akan bermesyuarat pada Selasa untuk membincangkan isu keselamatan pada PRN Sabah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan