PM berdepan tekanan lanjut moratorium jika Warisan Plus menang,


KEMENANGAN Warisan Plus dalam Pilihanraya Negergi (PRN) Sabah akan memberi tekanan kepada Putrajaya untuk melanjutkan moratorium pembayaran pinjaman bank, kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu berkata tekanan seperti itu diperlukan untuk memaksa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengubah fikiran kerana menolak untuk mendengar rayuan rakyat.

“DAP kesal dengan penolakan keras kepala Muhyiddin Yassin yang mengendahkan permintaan rakyat Malaysia dan komuniti perniagaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank sebanyak enam bulan lagi apabila ia berakhir pada 30 September ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas menteri kewangan itu berkata bahawa Master Builders Association Malaysia (MBAM) adalah yang terbaru meminta lanjutan moratorium berikutan kerugian yang dihadapi industri pembinaan sebanyak RM11.6 bilion setiap bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 18 Mac.

“Dari jumlah tersebut, 29% kerugian disebabkan pengangguran pekerja industri kerana projek pembinaan terpaksa dihentikan.

“Apa yang penting ialah permohonan MBAM untuk melanjutkan moratorium selama setengah tahun lagi bersifat defensif dan seruan untuk membantu bagi melindungi agar tidak mempromosikan salah satu sektor ekonomi yang paling penting di negara ini,” katanya.

Pada 29 Julai Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa moratorium pinjaman hanya akan dilanjutkan tiga bulan lagi bagi mereka yang hilang pekerjaan tahun ini dan belum mendapat pekerjaan baharu.

“Saya mendengar permintaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman yang akan berkahir pada 30 September. Saya tahu ada ramai yang berharap moratorium itu akan dilanjutkan.

“Oleh itu saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mencari jalan keluar bagi masalah yang dihadapi oleh mereka yang masih memerlukan bantuan selepas moratorium berakhir,” katanya.

Bagaimanapun persatuan perdagangan dan industri juga meminta ia dilanjutkan bagi membantu mereka mengatasi kejatuhan akibat Covid-19.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan