Muhyiddin selesai kuarantin kendiri, bebas Covid-19

 


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menamatkan kuarantin kendiri selama 14 hari dan disahkan negatif Covid-19 sebanyak 2 kali.

Pejabat Perdana Menteri berkata, hari terakhir kuarantin Muhyiddin ialah semalam.

Bagaimanapun, beliau akan terus mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setiap hari melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga.

“Untuk makluman, Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel ke-2 ke atas perdana menteri pada 14 Oktober dan disahkan negatif pada 15 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin diarah menjalani kuarantin selepas mempengerusikan mesyuarat dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang disahkan positif Covid-19.

Zulkifli turut disahkan bebas virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital Rabu lalu.

Ini kali ke-2 Muhyiddin diarahkan menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak kepada individu yang disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan