Maszlee lancar #UntukMalaysia


AHLI Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik melancarkan satu gerakan baharu  #UntukMalaysia yang menyasarkan untuk menyelesaikan isu berkaitan pendidikan, ketika berdepan pandemik Covid-19.

Bekas menteri pendidikan itu mengatakan gerakan tidak melampaui ideologi politik, bangsa dan kelas.

Maszlee pada sidang media di Cyberjaya hari ini berkata tumpuan akan diberikan kepada pelajar dari segmen B40.

“#UntukMalaysia terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang,” katanya dan menambah lebih ramai sukarelawan dan juga sokongan diperlukan dari sektor swasta dan korporat.

Maszlee menyedari ketika masih memegang jawatan menteri bahawa masih banyak isu yang belum duselesaikan termasuk kekurangan infrastruktur dan alat bantuan mengajar yang perlu diberi tumpuan.

“Ramai di luar sana yang ahu menawarkan bantuan tetapi sama ada mereka kurang pengetahuan untuk berbuat demikian, atau terhalang oleh kerenah birokrasi,” katanya.

“Akhirnya, bantuan tidak sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” tambahnya.

Makumat lanjut permohonan untuk sumbangan boleh didapati dari laman web #UntukMalaysia.

Maszlee yang memegang jawatan sebagai menteri pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, meletakkan jawatan pada 3 Januari, sebulan sebelum kerajaan itu tumbang.

Maszlee kemudian keluar daripada Parti Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad, yang disertainya selepas meninggalkan Bersatu, yang mana ia menimbulkan persoalan mengenai hala tuju politiknya pada masa akan datang
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan