Mungkinkah Umno berpecah 2 puak ketika undian Belanjawan 2021


VETERAN DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah 38 ahli Parlimen Umno akan berpecah kepada dua puak dengan satu puak memilih menentang Belanjawan 2021 dan menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa semua 43 ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyatakan sokongan mereka terhadap belanjawan itu tetapi Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin memberikan pandangan yang berbeza.

“Khaled semalam berkata bahawa ahli Parlimen perlu diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan dan mengundi secara peribadi berdasar ‘conscience’ dalam menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021. 

“Beliau berpendapat semua ahli Parlimen boleh mengundi secara bebas demi kepentingan rakyat yang memilih mereka sebagai wakil ke dewan perundangan negara.

“Jadi adakah satu puak akan menentang Belanjawan semasa Bacaan Kali Kedua pada Khamis dan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan.

Pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 akan diadakan pada Khamis ini.  

Sementara itu Lim berkata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Najib Razak telah menyatakan pandangan lain mengenai bagaimana undi gabungan itu akan berubah.

Najib berkata bahawa sokongan BN bergantung pada dua tuntutan yang sudah parti itu kemukakan dalam cadangannya sebelum ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Perikatan Nasional Shahidan Kassim kemudiannya menyatakan bahawa sesiapa yang menolak rang undang-undang itu adalah “pengkhianat” kepada mereka yang mahu Belanjawan itu diluluskan.

Shahidan bagaimanapun menafikan beliau merujuk kepada Najib dalam ucapannya di Parlimen,

Shahidan berkata kenyataan pengkhianat itu ditujukan kepada bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Lim hari ini berkata bahawa Shahidan telah menulis di Facebook mengenai khabar angin yang beliau mendengar Najib, Zahid dan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan menolak belanjawan itu.

Tengku Razaleigh menasihati ahli Parlimen di pihaknya untuk tidak memilih mengikut parti tetapi demi kepentingan mereka dari kawasan pilihan raya, kata Lim.

Tetapi ahli Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa telah menolak nasihat itu sebagai “pandangan peribadi” Tengku Razaleigh

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan