SESI penggulungan ucapan menteri tertangguh 35 minit hari ini selepas wakil rakyat mempertikai sekatan baharu di Parlimen untuk mengekang penularan Covid-19.
“Masa yang diberikan hanya 20 minit bagi menteri menggulung adalah tidak munasabah.
“Kita hidupkan Parlimen dengan membahas, mencelah, mempertikai dan mempersoal jawapan menteri. Dan ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit. Jika ini tidak dibenarkan, maka lebih baik kita duduk rumah tunggu jawapan menteri saja.” kata presiden PKR itu.
Ahli Parlimen Port Dickson dan hampir separuh wakil rakyat pembangkang memohon Speaker Azhar Azizan Harun untuk lebih bertolak ansur dalam had jumlah wakil rakyat yang boleh hadir sesi Dewan Rakyat dan format ucapan penggulungan menteri.
Anwar berkata sesi penutupan ucapan menteri akan melibatkan ramai wakil rakyat dan semua yang membangkitkan isu perlu dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat.
“Saya memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memberi sedikit kelonggaran membenarkan lebih 80 ahli Parlimen masuk ke Dewan bagi mendengar dan turut serta dalam pengulungan Menteri ke atas Perbahasan Belanjawan 2021 peringkat dasar,” katanya.
Kerajaan Perikatan Nasional dijadual memberikan maklum balas kepada ahli Parlimen berkaitan Belanjawan 2021 hari ini selepas lebih dua minggu perbahasan melibatkan 84 wakil rakyat daripada 222 orang yang dibenarkan berada dalam dewan pada bacaan kali kedua.
Jadual hari ini melibatkan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya.
Dewan Rakyat dijadualan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis, 26 November.
Bagaimanapun, tidak seperti kebiasaan, hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat pada satu-satu ketika kecuali pada sesi pengundian berbelah bahagi.
PN juga mengurangkan tempoh masa diberikan kepada menteri untuk menjawab isu berkaitan belanjawan yang dibangkitkan kepada hanya 20 minit.
Tetapi, Menteri Undang-Undang PN Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PAS) berkaata had itu dibuat kerana saranan Kementerian Kesihatan.
“Kami hanya mematuhi nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah supaya kita hadkan masa sesi.
“Nasihat KKM adalah, ‘semakin lama Parlimen bersidang, semakin berisiko jadinya,” katanya.
“Disebabkan itu, menteri hanya membaca rumusan eksekutif dalam masa diperuntukkan (20 minit). Teks yang tidak sempat dibaca akan dimuat naik ke laman web.”
Takiyuddin bagaimanapun tidak menjawab persoalan pembangkang sama ada menteri akan menjawab soalan tambahan.
Pada sidang Parlimen sebelum ini, menteri juga diminta menjawab sebarang soalan tambahan dikemukakan wakil rakyat. Tetapi, di bawah kerajaan PN, sesi itu berubah.
Misalnya, sesi Soal Jawab Menteri kini menjadi sesi menteri hanya membacakan jawapan tanpa perlu menjawab persoalan tambahan lain dikemukakan ketika beliau sedang berucap.
Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) berkata yang semua wakil rakyat sudah mematuhi garis panduan cegah Covid-19 dikeluarkan Parlimen.
“Mengapa kita perlu kurangkan sesi Parlimen lagi? Adakah ini berasaskan sains?”
Tetapi, Speaker Azhar tegas menolak bantahan pembangkang.
“Mengapa anda bangkitkan sekarang sedangkan kita sudah setuju mula-mula dahulu? Ini sama seperti hari belanjawan dibentangkan, bila anda minta lebih ramai wakil rakyat dibenarkan masuk.
“Kita akan adakan mesyuarat lain selepas ini,” katany
0 comments:
Catat Ulasan