KUCHING: Penganjuran pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak secara serentak akan mampu menjimatkan kos.
Demikian respons Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Ujarnya,
penganjuran sesuatu pillihan raya memerlukan kos perbelanjaan yang
besar dan situasi ketika ini tidak mengizinkan berlakunya pembaziran.
“Sekiranya
dapat diadakan secara serentak, saya percaya ia merupakan cadangan yang
baik namun semua keputusan bergantung kepada pemimpin atasan.
“Kalau
boleh janganlah terlalu banyak pillihan raya diadakan kerana ia
melibatkan kos jutaan ringgit dan ini juga merupakan duit rakyat,” jelas
Abdul Karim.
Selain itu tambahnya,
jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini sudah bersedia untuk
menghadapi PRN12 walaupun ia tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
“Bercakap mengenai persediaan parti, saya boleh katakan bahawa GPS sudah bersedia sepenuhnya.
“Namun,
pilihan raya kebiasaannya tidak diadakan ketika berlangsungnya
peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) kerana kita tidak mahu mengganggu perjalanan
proses itu,” tambahnya lagi.
Abdul Karim berkata demikian dalam temu bual khas menjelang PRN12 di bangunan Baitulmakmur II, Kuching pada Rabu.
0 comments:
Catat Ulasan