KUALA LUMPUR: Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini, para peniaga meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan supaya mereka tidak dilupakan.
Malah
mereka berharap kerajaan dapat memberikan pinjaman atau geran berbentuk
modal pusingan kepada peniaga-peniaga kecil bagi terus menjalankan
perniagaan.
Seorang
peniaga sayur di pasar Chow Kit, Joriah Hashim, 53, berkata, kerajaan
seharusnya melonggarkan syarat pinjaman termasuk mempertimbangkan
pinjaman tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dalam Belanjawan 2021
kali ini.
"Penularan COVID-19 sejak awal
tahun ini memberi kesan besar ekoran beberapa larangan dan prosedur
operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kami terpaksa menutup gerai lebih awal dan duit kami sekarang tidak cukup," katanya.
Sementara
itu, seorang lagi peniaga, Nor Ismail Noordin, 56, menggesa kerajaan
supaya memberi bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM3,000 kepada para
peniaga yang terjejas teruk.
"Kalau tak
boleh sekali bayaran, dua kali pun tak apa. Keadaan sekarang, perniagaan
sangat teruk. Ada kawan-kawan penjaja yang terpaksa tutup kedai,"
tambahnya.
Dalam pada itu, Soi Loi, 90,
yang sudah lebih 50 tahun berniaga, memberitahu, pelanggan tidak lagi
membeli barang seperti sebelum COVID-19.
"Apa yang saya boleh harapkan pada usia ini adalah bantuan daripada kerajaan.
"Saya
harap kerajaan akan mempertimbang untuk bayaran sewa gerai yang di
bawah kendalian kerajaan sekurang-kurangnya untuk satu tahun," katanya.
Seorang
lagi peniaga, Rosnale M Noor, 50, juga senada dengan Soi Loi yang
mengharapkan kerajaan mempertimbangkan pengecualian bayaran pembaharuan
lesen perniagaan sebanyak RM240 pada setiap tahun, untuk masa terdekat.
"Walaupun sedikit, ia amat membantu kami (penjaja)," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan