Perjuangan yang luar biasa!


 Oleh HANIPA MAIDIN

Alhamdulillah, baru habis menonton filem menarik ini bersama isteri saya dan anak lelaki saya (yang sedang buat pre-U on law di universiti luar negara – masih tidak boleh ke sana lagi sebab wabak Covid-19 dan kini kena belajar secara online)

Bagi saya yang pernah jadi peguambela dalam agak banyak juga kes yang melibatkan “political trials”, i can easily relate to the narrative depicted in this film.

Antara lain, filem ini menonjolkan cabaran yang amat besar dan amat sukar bila menjadi peguam membela rakyat yang “helpless”tetapi amat berani berdepan dengan “kezaliman” dan “keganasan” ketika mereka tegas ingin mempertahankan hak demokratik mereka secara aman sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan.

Walaupun apa yang dipaparkan dalam filem ini mungkin tidak 100 peratus sama dengn pelbagai kes yang pernah saya wakili, tapi terlalu banyak persamaaannya yang membuat saya begitu teruja menonton filem ini. InsyaAllah saya cadang untuk tonton sekali lagi.

Alhamdulillah, sepanjang menjadi peguam yang pernah membela rakyat yang tertindas dan yang sering menjadi mangsa undang- undang atau sistem yang ada elemen kezaliman, saya rasa amat puas hati mewakili para anakguam saya bagi kes-kes seperti itu.

Hakikatnya ,itulah sebab utama yang mendorong dan memotivasi saya jadi peguam dahulu dan membuka firma guaman sendiri.

Ya, mungkin tiada kemewahan material yang melimpah ruah yang sering dikaitkan dengan kehidupan peguam.

Namun, Alhamdulillah saya bersyukur kerana ianya satu kepuasan yang sukar nak diluahkan melalui lisan atau perkataan!

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan