KUALA LUMPUR: Pas kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan hubungan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, parti itu kini
berada di 'persimpangan dilema' untuk membuat pilihan dalam meneruskan
kerjasama politik sama ada dengan Bersatu atau UMNO.
"Keputusan
strategik ini perlu diputuskan kerana Pas berada di 'persimpangan
dilema', sama ada untuk memihak kepada UMNO mengangkat Piagam Muafakat
Nasional (MN) ketika menjadi pembangkang dahulu atau menelusuri apa yang
dikatakan kerjasama dengan parti kerajaan iaitu Perikatan Nasional (PN)
bersama Bersatu.
"Dua
langkah ini mempunyai pro dan kontra tertentu, ada kelebihan dan juga
kekurangan. Kelebihan MN sekiranya PAS kesal akan impak dan naratif grand design bersama
MN (dan tidak menyokong UMNO), sebenarnya bagi kerusi di lingkaran
Melayu, mereka boleh menguasai kawasan berkenaan," jelasnya ketika
ditemu bual Astro AWANI pada Sabtu.
Jelasnya
lagi, jika Pas mengambil keputusan untuk terus bersama Bersatu dan
meninggalkan UMNO, mereka mungkin berhadapan beberapa kekurangan
terutama melibatkan jentera akar umbi.
"Sekiranya
gabungan itu diadakan dengan Perikatan Nasional (PN) kelebihannya
bersama parti kerajaan dan Pas memainkan peranan penting kerana ada
sedikit kekurangan Bersatu, yang mana (parti itu) bergantung kepada
jentera serta kekuatan akar umbi dimiliki Pas yang lebih sistematik,"
jelasnya lagi.
Malah jika Pas gagal
menguruskan ketegangan politik antara dua rakan sekutunya itu tambah
Hisomuddin, dikhuatiri berlaku pertembungan sesama mereka dalam PRU15
kelak.
"Keduanya itu mempunyai kelebihan
dan kekurangan yang mana kalau mereka gagal menguruskan dengan baik atau
berlakunya tindakan tidak dapat dihalang sebagai contoh UMNO memilih
bertanding dan mencabar PN ini adalah perkara perlu diambil kira PN dan
Pas," katanya lagi.
Sebelum
ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 4 Mac lalu mengesahkan
parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu
sewaktu PRU15.
Menurut Setiausaha Agung
UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MKT
di Janda Baik, 19 Februari lepas, seperti yang dilaporkan beberapa
media.
Hanya berselang beberapa hari,
Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pula membuat
keputusan memandang serius akan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.
Menurut
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kandungan surat
itu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO,
Bersatu dan PN di masa hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan