Undi rakyat tidak lagi berharga: Mat Sabu


 SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan undi rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai harga kerana tindakan sesetengah ahli Parlimen yang boleh dijual beli dan bertukar-tukar parti.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sistem demokrasi di Malaysia memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan parti yang akan menjadi kerajaan melalui peti undi namun perkara itu tidak lagi berlaku kerana sistem sedia ada tidak lagi dihormati oleh mereka yang dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya.

“Rakyat menjadi penentu untuk mengangkat parti-parti tertentu menjadi pemerintah melalui peti undi. Inilah sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia tetapi sistem ini telah hancur.

"Wakil-wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar tukar parti setelah memenangi pilihan raya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya bertindak segera untuk menegakkan kembali asas sistem amalan demokrasi negara.

Katanya, usaha memulihkan demokrasi negara turut penting dalam memastikan keselamatan negara daripada ancaman luar.

“Apabila wakil rakyat boleh dijual beli di pasaran politik negara, maka tidak mustahil wakil rakyat juga boleh dibeli di peringkat antarabangsa dan ia merupakan ancaman kepada negara.

“Oleh itu kita semua rakyat Malaysia perlu bertindak segera meletakkan kembali asas demokrasi untuk mengembalikan keharmonian hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. ingat rakyat bodoh ke, rakyat dah beri mandat apa kerajaan kamu buat selama 22 bulan memerentah, adakah keadaan malaysia bertambah baik, bukankah kerajaan kamu sendiri yang menjatuhkan kerajaan sendiri, sekarang jangan cakap pasal mandat, mandat dah dipersia2kan dan hancur olih tangan2 sendiri, mandat sudah tiada, bukankah mandat baru telah diberi olih sebahagian besar wakil2 parlimen(mewakili rakyat) melalui yang dipertuan agong, dan tiada bantahan dibuat olih wakil2 parlimen apabila yang dipertuan agong mengumumkan kerajaan baru(pn) masa ketika itu, sudah cukuplah kamu dan puak2 kamu usahlah main2 wayang lagi, berilah ruang kepada rakyat menikmati ketenangan dan keamanan, tunjuklah bakat2 kamu dan puak2 kamu pru15 nanti.

    BalasPadam