Zul Yahya sedar selama ini diperbodohkan pemimpin Pas

 


Oleh NASUHA RAHMAN

 Bekas pelakon Zul Yahya hari ini meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kepimpinan Pas yang disifatkannya sebagai pemimpin yang gila kuasa.

Dalam satu video secara langsung dua hari lepas beliau mengakui tidak lagi berminat menjadi ahli Pas memandangkan parti itu sudah hilang matlamatnya yang sebenar.

“Aku dulu undi Pas lah…siap ada kad ahli Pas …hari ni tidak. Bendera Pas ada lagi.

“Daripada bujang lagi aku sokong Pas tapi bila Pas dah berpecah belah aku dah nampak dah…habis.

“Inilah kehidupan kita hari ini diperbodoh-bodohkan dengan hasutan daripada pemimpin-pemimpin yang gila kuasa,” luah beliau.

Menurut Zul, beliau bersama-sama pemuda Pas membuat kempen meraikan masjid serta mengajak pemuda-pemuda untuk mengimarahkan masjid.

Katanya ketika itu, pemuda Pas melakukan kerja-kerja seperti itu langsung tidak mendapat upah tetapi mengorbankan pula duit untuk Pas.

“Pemuda Pas buat kerja bukan dapat upah tapi korban duit dengan Pas.

“Pelik lah dapat kuasa hilang tujuan yang sebenar. Minta maaflah agak emosi.

“Mereka bagi kita seringgit mereka sapu seribu …nampak macam baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian untuk menyedarkan orang ramai dalam masa yang sama sampaikan luahan beliau ini kepada orang politik agar mereka sedar akan kebangkitan rakyat kelak.

“Sampaikan kepada orang politik supaya sedar balik kebangkitan rakyat ni lain mcm…,” tegas beliau.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Maaf, PAS dapat kuasa pun secara berkongsi dengan banyak parti dan tentu segala keputusan perlu dibuat secara kolektif. Sabar, sedikit demi sedikit, Pemuda Pas yang ada, teruskan kerja murni anda kerana usaha untuk merubah perlu dibuat dengan kesabaran. Think positif dan insyallah niat dan keikhlasan anda akan diberi ganjaran jangan berhenti di tengah jalan.

    BalasPadam