Calon hilang deposit dilantik jadi timbalan menteri


Rupanya Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu dilantik semalam telah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya umum ke 13 lalu apabila beliau bertanding di Parlimen Beaufort, Sabah.

Dalam pertandingan tiga penjuru pada tahun 2013 itu, Datuk Guan Dee Koh Hoi hanya mendapat 409 undi iaitu hanya 1.61 peratus sahaja dari jumlah undi keseluruhan.


 

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yang telah dilantik Senator pada 16 Disember tahun lalu tewas kepada calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun yang mendapat 12,827 dan Datuk Lajim bin Ukim (PKR) yang mendapat 12,155 undi.  

Pejabat Perdana Menteri semalam memaklumkan, Guan Dee mengangkat sumpah jawatan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Singgahsana Kecil, Istana Negara semalam.

“Guan Dee dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah Il merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan pelantikan Guan Dee sebagai Timbalan Menteri Persekutuan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

“Timbalan Menteri Pelancongan PN #hilang deposit.

“Sebab tu kena segera dilantik walau ditolak rakyat,” tulis Nabeel Naqie melalui media sosial beliau.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:


  1. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    BalasPadam