Kerajaan Muhyiddin tak ada target, tak ada hala tuju


Kerajaan yang tidak mempunyai target untuk dicapai dan tidak mempunyai sasaran dalam usaha memenuhi kepentingan rakyat dan negara, boleh disamakan dengan sebuah kerajaan yang tidak mempunyai hala tuju.

Sebaliknya sebuah kerajaan yang betul adalah kerajaan yang mempunyai manifesto dan arah tuju yang mereka perjuangkan seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, apabila sesebuah kerajaan tidak mempunyai hala tuju, sudah pasti ia akan menyimpang dan melakukan sesuatu menurut kehendak hati mereka tanpa memberi keutamaan terhadap rakyat di bawah

 “Semasa PH memerintah, setiap dua minggu sekali ada pencapaian yang disasarkan terhadap setiap kementerian berbeza dengan kerajaan PN.

“Kehadiran kerajaan PN kini merupakan pertama kali dalam sejarah negara apabila ia bertukar menjadi pemerintah melalui langkah (syaitan) bukan Sheraton dan bukannya melalui mandat rakyat dalam pilihan raya.

“Sehubungan itu, kita perlu segera mengambil alih semula kerajaan melalui gabungan kerjasama termasuklah darurat ditamatkan dengan segera tanpa terus membiarkan kerajaan sedia ada bermaharajalela membelanjakan wang negara sehinggakan tiada ‘ check and balance,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa dan Bicara Presiden di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menurut Mohamad lagi, kesemua komponen PH harus sedar dan bersedia kerana Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15) boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan kepimpinan AMANAH negeri Pulau Pinang, Pemuda dan sayap Wanita AMANAH.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan