‘Kerajaan seolah habis wang sampai selongkar tabung KWAN’

 


Tindakan menyelongkar tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) memberi gambaran seolah-olah kerajaan sudah kehabisan wang dan tiada cara lain untuk membiayai keperluan negara.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, ketidaktentuan seperti itu pasti tidak akan berlaku sekiranya darurat tidak diisytiharkan dan Parlimen tidak digantung.

“Urusan kewangan negara yang besar dan penting seperti ini tentulah dibangkit dan dibahaskan secara terbuka.

“Tetapi sekarang urusan ini hanya berkisar anara Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz fikir macam mana hendak cari duit dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan,” katanya menerusi satu hantarannya di Facebook.

Bagaimanapun Kadir berkata, apa yang menimbulkan persoalan dan bantahan adalah tindakan menyeluk tabung KWAN itu berlaku serentak dengan kerajaan mengumumkan kejayaan gemilang meminjam AS$1.3 bilion (RM5.33 bilion) daripada pasaran kewangan antarabangsa.

“Kalau sudah pinjam dari dalam dan luar negara, pasal apa selok tabung KWAN lagi?,” soalnya.

Untuk rekod, KWAN diperbadankan pada tahun 1988 ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sejak itu kata Kadir, duit tabung ini tidak pernah disentuh.

Ia memperoleh dana daripada Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas di mana tujuannya adalah untuk digunakan apabila hasil daripada sumber alam, khususnya petroleum dan gas berkurang atau habis langsung.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan