Mungkin rakyat melihat proses Pilihanraya itu telah menjadi sia sia


Oleh Mohamad Sabu

Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. 
Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.

Mungkin rakyat melihat proses Pilihanraya itu telah menjadi sia sia. Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula. 
 
Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Shareton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang. 
 
Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan. Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan.
 

Presiden
Parti Amanah Negara
20 Ogos 2021
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. rakyat mana yang dimaksudkan, rakyat yang dijalanan tu ke, jangan cakap pasal sheraton, sama seperti dahulu saban hari cakap pasal imdb3, orang tu3 di media perdana dan media social sampai naik bosan rakyat dengar macam tiada perkara yang lebih besar diutamakan, sekarang perkara yang sama sheraton3, sheraton tak akan berlaku jika satu perkara3 besar itu berlaku, pilir3lah sendiri jangan ashik membuat tuduhan

    BalasPadam
  2. setelah sekian besar ahli2 parlimen memilih pm9 dan disahkan olih agong melalui SD ahli2 parlimen, sidang parlimen september ini akan menyaksikan tindak tanduk ahli parlimen pembangkang

    BalasPadam