Oleh Muhammad Faiz Fadzil
Perlantikan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai PM9 dibuat berdasarkan peruntukan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan di mana beliau mendapat keyakinan 114 orang Ahli Dewan Rakyat.
Perlantikan PM9 juga dibuat setelah pertemuan khas Raja-raja Melayu menunjukkan krisis politik yang berlaku di dalam negara bukan suatu perkara kecil.
Perlantikan Ismail Sabri juga suatu gambaran bahawa PH sebenarya sudah hilang majoriti untuk mentadbir negara sejak ‘langkah sheraton’ lagi.
Namun, sokongan 105 Ahli Parlimen pembangkang adalah satu langkah positif untuk membina semula keyakinan rakyat menuju PRU ke-15.
Keretakan PN tidak akan terubat, PH harus bijak mengambil peluang. Khemah besar ini harus distruktur secara tersusun dengan strategi baharu yang lebih tuntas.
Perlantikan Ismail Sabri dibuat berdasarkan sokongan Ahli Parlimen yang sama menjatuhkan kerajaan PH. Ismail Sabri hanya meneruskan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal,
berpaksikan kepada ‘scheme of things’ dan disokong golongan kleptokrat.
Tiada nadi dan jiwa baharu dalam kerajaan ini kecuali bertukar baju yang sudah lusuh. Kerajaan Ismail Sabri ini masih tiada mandat rakyat.
Rakyat pasti bijak menilai. Namun, kesepakatan pembangkang adalah kekuatan sebenar sokongan rakya
0 comments:
Catat Ulasan