Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut MP PN Melanggari Titah YDP Agong.

 


1. Saya meneliti surat pemakluman memilih calon PM dari Speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen. Saya dapati surat tersebut adalah merupakan arahan dari titah Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk Ahli Parlimen Malaysia menamakan seorang calon PM dari kalangan MP. Surat tersebut telah menyatakan akuan kepercayaan kepada calon PM mestilah tanpa syarat.
 
2. Hari ini saya telah meneliti kenyataan media Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin yang menyatakan sokongan 50 orang MP PN terdiri daripada 31 MP Bersatu, 18 MP Pas, 1 MP Star dan 4 MP bebas yang pro PN kepada Datuk Ismail Sabri sebagai PM adalah bersyarat.
 
3. Saya dapati sokongan MP PN ini adalah bertentangan dengan titah Tuanku seperti didalam surat pemakluman dari Speaker dewan Rakyat. Ini bermakna MP PN telah membohongi YDPA di dalam surat akuan bersumpah mereka yang tidak menyatakan syarat. Tetapi seperti kandungan kenyataan media dari TSMY Pengerusi PN menyatakan sokongan mereka adalah bersyarat.
 
4. Bagi saya jika Datuk Ismail Sabri terpilih sebagai PM dan kerajaan yg bakal di bentuk adalah dalam suasana tidak stabil dan aman serta kucar kacir politik Malaysia akan berulang. Oleh itu satu proses baru perlu dicari oleh YDPA bagi menjamin PM yang dilantik nanti adalah dari seorang yg tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang telah berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri.
 
5. Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN kepada Ismail Sabri menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi politik peras ugut yang bercorak kumpulan Mafia. Saya percaya berasaskan pergolakan politik dalaman Umno sebelum kejatuhan TSMY sebagai PM sudah tentu Ismail Sabri berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafazkan oleh kumpulan Presiden Umno.
6. Saya mohon kepada kebawah Duli Tuanku YDPA sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara ini sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia yang tercinta. 
 
Mahfuz Bin Omar
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Pokok Sena
19 Ogos 2021
6.30pm
 



 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Ini adalah perjanjian antara parti bukannya atas jawatan YB parlimen. Jangan cuba belit. Double standard punya YB, bila PH buat sogokan kepada parti dari sebelah timur untuk jadi TPM, tak pula dikira rasuah, tapi bila TSMY nak beri 7 perkara bagi merentas parti, dikira rasuah. (Jawatan=kuasa= duit. 7 perkara = Hak parti.

    BalasPadam
  2. ingatkan perempuan saja yang meroyan, rupa2nya ada juga lelaki yang meroyan, lelaki kalu meroyan lagi teruk sampai ke jalan raya siap2 bawak sepanduk

    BalasPadam