Lima jawapan kepada tohmahan palsu terhadap Lim Kit Siang

 


Baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar memohon maaf kepada Lim Kit Siang atas kenyataannya terhadap veteran DAP itu pada satu forum yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 6 September 2018.

Permohonan maaf itu dibaca di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam permohonan maaf itu, Hanif mengesahkan bahawa penahanan plaintif (Kit Siang) pada tahun 1969 bukan atas sebab bahawa Kit Siang telah meminta Malaysia dibahagikan atas dasar perkauman.

 Beliau seterusnya mengesahkan bahawa Kit Siang tidak pernah mencadangkan sedemikian.

Untuk rekod, Kit Siang dan DAP secara umumnya telah menjadi mangsa pelbagai tuduhan palsu musuh-musuh politik sejak sekian lama.

Pendek kata, DAP telah menjadi mangsa pelbagai penipuan, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dalam sejarah panjang 55 tahunnya.

Antara fitnah yang dilemparkan adalah DAP sebagai parti anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja sedangkan sepanjang sejarahnya, DAP kekal komited kepada Impian Malaysia.

Komitmen terhadap Impian Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat berkelas dunia.

Ini hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, bersatu padu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara untuk membina sebuah negara majmuk yang harmoni, adil, demokratik, progresif, dan makmur.

Sehubungan itu, mari kita lihat 10 jawapan serta penjelasan terhadap tohmahan-tohmahan palsu tersebut:

1. Tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969

Tohmahan yang sekian lama menjadi modal para pemfitnah adalah tuduhan kononnya Kit Siang menjadi punca rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur serta kononnya memimpin perarakan haram di jalan-jalan di Kuala Lumpur.

Walhal, beliau tidak pernah berada di Kuala Lumpur selepas keputusan Pilihan Raya Umum 1969 diumumkan pada 10 Mei 1969.

Beliau sebaliknya berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Mei 1969 untuk berkempen untuk calon Bebas di Sabah memandangkan pilihan raya di Sabah dan Sarawak akan diadakan kemudian selepas Semenanjung Malaysia.

2. Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat

Beliau juga dituduh sebagai komunis yang kononnya datang ke Tanah Melayu ketika berusia 17 tahun.

Sedangkan beliau sebenarnya dilahirkan di Batu Pahat, Johor 80 tahun yang lalu, dan bersekolah dari sekolah rendah di situ.

3. Komunis ingin lihat Kit Siang kalah

Pada pilihan raya 1969, pihak komunis ingin melihat beliau kalah, dan itulah sebabnya dalam surat Kit Siang kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969, beliau menyatakan “kerisauannya untuk masa depan Malaysia”.

Kit Siang menulis:

“Keputusan Pilihan Raya Umum 10 Mei adalah halangan bagi Parti Perikatan. Tetapi perkara ini merupakan satu tamparan yang lebih hebat kepada PKM (Parti Komunis Malaya).

“Semasa kempen pilihan raya umum, PKM dan jentera-jentera partinya telah berkempen supaya rakyat memboikot pilihan raya untuk merendahkan keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan mempersiapkan latar belakang politik untuk memulakan pemberontakan bersenjata keduanya.

“Rakyat umum telah menolak apa yang dibawa oleh PKM ini dan keluar mengundi beramai-ramai. Perkara ini membuktikan bahawa rakyat masih percaya dalam proses demokrasi untuk membawa perubahan secara aman yang mereka mahukan.

“10 Mei menunjukkan pilihan rakyat untuk demokrasi, menolak kempen PKM. Terdapat kegembiraan selepas pilihan raya ini, bukan untuk menghalang sesiapa daripada mendapat haknya, tetapi untuk berusaha membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama.

“Namun, kejadian 13 Mei dan kejadian-kejadian selepasnya telah merendahkan keyakinan rakyat kepada demokrasi”.

4. Tidak mahu jadi Perdana Menteri

Fitnah kononnya Kit Siang mahu jadi Perdana Menteri bertujuan menabur pembohongan, kebencian dan ketakutan terhadap orang Melayu.

Kit Siang sendiri pernah banyak kali menjelaskan hal ini.

Kini setelah wujudnya Kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, terbukti bahawa fitnah adalah fitnah.

5. Perjuang semangat Malaysia

Terdapat juga kempen media sosial untuk menuduh Kit Siang menjual hak dan masa depan orang Cina di Malaysia, yang mempersoalkan mengapa DAP tidak hanya meletakkan calon Cina di semua kerusi yang dipertandingkan DAP.

Tuduhan ini bahawa DAP mahu ‘menyah-Cinakan’ parti tersebut, dan bahawa DAP tidak boleh ‘mencairkan identiti Cinanya’ untuk meremehkan atau merendahkan dirinya hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Kit Siang berkata, pastinya beliau seorang “superman” — dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja dari satu sudut dan sekarang anti-Cina dan anti-bukan-Melayu dari sudut lain.

Beliau menegaskan, DAP tidak cuba untuk nyah-Cina, nyah-Melayu, nyah-India, nyah-Kadazan, atau nyah-Iban mana-mana orang, tetapi sebaliknya, untuk menerima bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti berbeza tetapi mereka semua pertamanya rakyat Malaysia.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan