Persahabatan Umno Pas ketika makan sahaja, masa lain tipu kiri kanan


Veteran Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun menyifatkan persahabatan antara Umno dengan Pas hanya ketika makan sahaja.

Tetapi dalam pentadbiran, Pas ditipu depan, belakang kiri dan kanan oleh rakan-rakannya, kata Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang itu.

  “Bersahabat waktu makan jer. Didalam pentadbiran tidak bolih harap. Tipu depan belakang, kiri kanan. Segenap sudut tidak bolih harap?” tulis beliau menerusi facebook beliau hari ini.

Fatah menulis demikian sambil memasukkan video ahli Parlimen Umno dan Pas bercakap ketika makan di Parlimen.

Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail DSabri Yaakub yang disertai Pas menyekat usaha memberikan royalti petroleum yang dimulakan oleh Pakatan Harapan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu jawapannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Kerajaan Kelantan pimpinan menteri besar Datuk Ahmad Yakub telah membuat kenyataan menuntut kerajaan persekutuan memberikan penjelasan mengenainya.

Ini kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada tahun 2018 ketika PH mula memerintah negara telah membuat keputusan untuk menukarkan wang ihsan kepada royalti.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan