PRN Melaka “reset button” untuk Melaka peroleh pemimpin peduli rakyat

 


Oleh GHAFAR NS

Ketika calon Ketua Menteri Melaka dari BN menolak cadangan debat, semalam telah berlangsung satu sesi forum bicara sempena PRN Melaka bertajuk, “BN, PH, PN – Siapa Pilihan Anda?” yang disertai penyandang DAP bagi DUN N.16 Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan calon BN, Yong Fun Jun.

Sesi bicara atas talian yang diadakan 100 peratus dalam bahasa Melayu itu mendapat tontonan 14,000 penonton dan menerima komen-komen positif ramai kerana sesi ini memperlihatkan kemampuan kedua-dua calon membahaskan isu berkaitan penduduk Melaka dengan rasional dan jelas.

Inisiatif jemputan forum bicara ini dimulakan oleh Chee Yee yang mengajak dua lagi lawannya untuk berbahas isu masa depan rakyat Melaka, sekali gus para pengundi dapat membuat penilaian sendiri berkenaan ideologi politik antara calon yang bertanding.

Menurut Chee Yee, walaupun PH tidak bersetuju dengan pembubaran DUN yang memaksa PRN Melaka ini diadakan di tengah-tengah kemelut pandemik dan ekonomi, beliau merasakan ini peluang baik buat rakyat Melaka menekan “reset button” mencari jalan keluar daripada terus dipimpin sebuah kerajaan negeri yang tidak serius memberi yang terbaik buat seluruh rakyat negeri Melaka.

Menerusi sesi tersebut, masing-masing diberi peluang untuk memperkenalkan diri, menerangkan tentang manifesto dan bertanyakan soalan kepada pihak lawan.

Apabila ditanyakan oleh calon BN berkenaan pandirian DAP apabila Pakatan Harapan (PH) menerima “katak politik” untuk berkuasa, Chee Yee menyangkal dakwaan itu.

“DAP secara berprinsip tidak menerima ‘katak politik’ ini, namun atas keputusan secara konsensus yang dibuat di peringkat PH, kami harus melihat akan cabaran yang perlu dilalui terutama dalam PRN ini,” katanya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan