MUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak akan menurunkan sebarang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan, kata Tan Sri Annuar Musa.
Jelas Annuar, BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.
"Kita sudah ada GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.
"Jadi
tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat
pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak
menyertainya, " katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis
Sepakat Komuniti di sini pada Sabtu.
Tegasnya, ini merupakan bukti muafakat dan kerjasama antara BN dengan pimpinan GPS di Sarawak.
Annuar
berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak yang tanpa
autoriti menaikkan panji dan poster, menggambarkan BN akan bertanding
dalam PRN Sarawak.
Pada PRN Sarawak 2016, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.
Bagaimanapun,
berikutan kekalahan BN dalam PRU 2018, BN Sarawak dibubarkan dan parti
komponennya sepakat menubuhkan entiti politik baharu yang dikenali
sebagai GPS.
0 comments:
Catat Ulasan