Oleh Che Ibrahim Mohamed
Apabila hampir 2/3 kepimpinan Pas Pusat telah gugur setandan dalam pemilihan Pas 2015, Cikgu Wan Rahim memanggil ambo, ust Mat Husin, Rusdan dan beberapa orang lagi untuk menubohkan Jkuasa Penaja Parti Amanah Kelantan.
Perbincangan kami bukan dibuat dihotel atau di mana mana bilik mesyuarat, tetapi dibuat di bawah tangga KB Mall menggunakan kerusi kerusi peniaga kecil di situ yang kebetulan hari tu tak berniaga.
Apabila Husam dipecat dari Pas dan masuk Amanah in tahun 2016, timbullah satu gerakan dan desakan supaya Husam dilantik sebagai Pengerusi Amanah Kelantan menggantikan tempat Cikgu Wan Rahim sehingga berlaku perdebatan hangat.
Malangnya Perlembagaan Parti Amanah tidak membenarkan hasrat tersebut direalisasiikan. Ambo pernah tepuk meja habis deras dalam mesyuarat akibat dari isu ini.
Akhirnya sebahagian besar dari kelompok ini, kini tidak lagi bersama Amanah.
Pada tahun 2019, apabila tiba tahun pemilihan untuk memilih barisan baru kepimpinan Amanah di semua peringkat, Cikgu Wan Rahim telah mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan Jkuasa Pimpinan Amanah Negeri, sekaligus, mengikut Perlembagaan Amanah, beliau tidak boleh lagi dilantik sebagai Pengerusi Amanah Negeri.
Akibat kekosongan yang ditinggalkan oleh cikgu Wan Rahim ini, ada dua nama yang popular dan tular di kalangan penyokong Amanah Kelantan yang layak mengisi jawatan tersebut, iaitu Husam dan ust Mat Husin.
Ada pihak menghubungi ambo bertanya siapakah yang enta nak jadi Pengerusi antara dua orang ni??....
Ambo jawab... Ana ni takpe belaka, dua dua tu saing ana, sapa pun jadi Pengerusi Amanah Negeri Kelantan, ambo lagu ni lah juga, jaga kebun durian, main dalam kebun getah dan sawit.... Kalu ust Mat yg jadi Pengerusi, ambo berani bahas, berani canggah dan berani lawan dalam mesyuarat, tapi kalu Husam jadi Pengerusi, ana jong dengar, jong kelih, kalu rajin ambo boleh la jong turut... Muga ambo kenal lama kedua duanya, semenjak zaman ngaji U lagi.
Akhirnya ambo dengar Husam tidak bertanding dalam pemilihan Amanah Kelantan, sekaligus tidak melayakkan beliau dipilih sebagai Pengerusi Amanah Kelantan mengikut kehendak Perlembagaan Amanah, maka ust Mat adalah calon tunggal yang bakal mengisi jawatan tersebut.
Ambo memilih untuk tidak hadir ke Konvensyen pemilihan tersebut dan ambo sengaja mencipta alasan untuk mewajarkan ambo tidak hadir, sedangkan masa pemilihan/konvensyen tersebut, ambo ada di rumah, semasa keputusan pemilihan Jkuasa Pimpinan Amanah Negeri bagi sesi 2019/2022, ambo ada termenung ditangga rumah.
Apa yang ambo jangka, akhirnya berlaku.... Ust Mat dituduh lemah, lembek, tidak layak, tidak qawilyul Amin dsbnya, sedangkan masa pemilihan dibuat, itulah pilihan yang ada dan ust mat dipilih sebulat suara, tanpa ragu ragu dan suara sosih sosih sebagai Pengerusi Amanah Kelantan.
Sampai bilakah isu siapa paling layak memimpin Amanah Kelantan ini akan berterusan?
Sampaikan bilakah isu Amanah Kelantan dipimpin oleh yang tidak qawilyul Amin, sedangkan kita ada pemimpin yang hebat, yang amat qawilyul Amin tetapi diketepikan????
Atau mungkinkah Amanah Kelantan akan hilang sekelompok lagi penyokongnya akibat tidak boleh menerima kepimpinan yang dipilih dalam mesyuarat sebagaimana yang pernah berlaku sebelumnya??
Apa pun ambo hanya penoreh getah, ambo hanya pekebun durian, siapa pun yang memimpin Amanah Kelantan, kalau nak ambo tetap bersama, kalau tak mahu, banyak lagi kerja lain yang boleh ambo lakukan.
Lagi pun ambo tidak terhutang dengan kerja kerja politik sebab ambo tidak pernah mendapat apa apa faedah diri sepanjang penglibatan ambo dalam politik.
0 comments:
Catat Ulasan