Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang bertanya sama ada empat duta khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mengeluarkan kad laporan 100 hari mereka sama seperti yang dilakukan oleh Jemaah Menteri.
Beliau berkata, tiada fungsi duta khas dilantik jika mereka tidak mengeluarkan kad laporan 100 hari untuk diteliti pencapaian mereka.
“Saya sebelum ini bertanya sama ada duta khas Malaysia ke Timur Tengah telah disekat daripada menjejak kaki ke Arab Saudi, dan tidak pernah melawat Arab Saudi sejak dilantik sebagai duta khas
“Apa guna duta atau duta khas sesuatu wilayah apabila dia tidak dapat melawat negara atau wilayah di bawah tanggungjawabnya?
“Berapa kali Tiong King Sing melawat China sejak pelantikannya dan apakah yang telah dilakukannya untuk mewajarkan pelantikannya? Soalan yang sama ditujukan kepada Hadi, Richard Riot dan Vigneswaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Duta khas semasa perdana menteri ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Duta Khas ke Timur Tengah); Datuk Seri Tiong King Sing (Duta Khas ke China); Datuk Seri Richard Riot (Duta Khas ke Jepun, Korea dan Taiwan); dan Tan Sri S Vigneswaran (Duta Khas ke India dan Asia Selatan).
Kerajaan Ismail Sabri membelanjakan RM108,908.80 sebulan untuk empat duta khas kepada perdana menteri dengan masing-masing menerima gaji sebanyak RM27,227.20 sebulan.
0 comments:
Catat Ulasan