Mahiaddin jangan hipokrit, kata ahli MKT Umno

 

Umno menolak kenyataan bekas perdaan menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bahawa sistem ‘parti politik dominan’ punca berleluasanya rasuah.

Menurut anggota Majlis Kerja Tetinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, kenyataan itu adalah hipokrit dan orang kecewa semata mata.

“Hipokrit, kerana PPBM sendiri bernafsu besar untuk menjadi parti dominan. Perancangan mereka ialah untuk menguburkan UMNO dan PPBM adalah penggantinya.

Sebab itu PPBM tiru warna merah dan guna perkataan “bersatu” seperti Umno. PPBM juga guna warna biru untuk Perikatan Nasional (PN) sama seperti BN,” kata Puad.

Menurut beliau, Muhyiddin juga kecewa kerana usaha Bersatu menjadi parti dominan dan pengganti kepada Umno tidak kesampaian.

“Maka hujah Muhyiddin itu amat cetek. Rasuah boleh berlaku dalam apa sahaja keadaan. Siapa sangka tender terhad lulus ketika parlimen digantung dan darurat diistiharkan.

“Bila tidak dominan lagi banyak salah guna kuasa berlaku seperti gantung Parlimen, istihar darurat dan pujuk orang lompat parti melalui scheme of things.

“Apa itu bukan rasuah? Janganlah hipokrit,” kata Puad.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan