Bubar Parlimen di musim monsoon banjir – demi kepentingan Umno atau kepentingan negara?


Oleh 

Setiausaha Agong Umno dilapor media habaq keputusan Majlis Tertinggi Umno bersetuju untuk meminta YAB Perdana Menteri bertemu YDPA bagi menasihati baginda untuk membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya tahun ini juga.

Dia habaq keputusan itu selaras dengan Artikel atau Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

SU Agong Umno itu juga habaq keputusan untuk bubar itu selaras dengan pendirian Umno yang konsisten untuk memulangkan mandat rakyat. Ehem seolah-olah hormat sangat mandat atau suara rakyat sebelum ini.

Agak menarik sekaligus juga agak mencurigakan kenapa Umno hanya merujuk kepada Perkara 40 (1) tetapi tak habaq sama sekali Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan (“PP”)?

Ya, berdasarkan Perkara 40 (1) PP, YDPA kena bertindak atas nasihat, yang secara essensinya, menjadi prinsip umum doktrin Raja Berperlembagaaan. Tidak ada sesiapa pun pertikai hal tersebut.

Cuma, kenapa Umno sengaja tidak mahu menyebut dengan lebih jelas bahawa berdasarkan Perkara 40 (2) (b) PP iaitu YDPA diberi kuasa budibicara bagi menolak permintaan atau cadangan atau nasihat PM bagi membubarkan Parlimen? Misteri!

Adakah itu bermakna Umno ingin menafikan kuasa budibicara YDPA di bawah Perkara 40 (2) (b) PP yang amat jelas dan terang seterang cahaya matahari? Tidak hormat institusi Raja?

Ya, benar prinsip umumnya YDPA kena bertindak mengikut budibicara tetapi menjadi juga prinsip undang-undang, lazimnya setiap prinsip umum itu juga tertakluk kepada pengecualian-pengecualian yang tertentu dan yang munasabah.

Prinsip bahawa YDPA kena bertindak atas nasihat tertakluk juga dalam hal-hal tertentu YDPA mempunyai budibicara dalam keadaan tertentu seperti dalam isu pelantikan PM (Perkara 40 (2) (a) ) atau dalam isu tidak bersetuju dengan permintaan untuk bubar parlimen ( Perkara 40 (2) (b) ) atau dalam isu perisytiharan darurat ( Perkara 150 (1) ).

Di situlah terletaknya keberkesanan kuasa budibicara. Jika tidak, peruntukkan yang memberi budibicara itu dilihat tidak berguna kerana ia ibarat peruntukkan yang tidak ada gigi (a toothless provision).

Sesiapa yang mungkin ingin mempertikaikan budibicara YDPA dalam isu pembubaran parlimen di bawah Perkara 40 (2) (b) itu, sayugia depa juga, dalam nada yang sama, sewajarnya juga persoalkan kuasa budibicara YDPA dalam urusan pelantikan seorang perdana menteri sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 40 (2) (a) PP.

Baru nampak konsisten pendirian depa!

Jika ada pihak yang mungkin musykil kenapa PP mengekalkan kuasa budibicara YDPA seperti dalam Perkara 40 (2) (b) PP itu, saya katakan dengan apa yang berlaku pada masa ini, jelas kuasa budibicara itu amat diperlukan dalam keadaan seperti sekarang ini.

Mengapa?

Jawabnya, kerana ada pihak atau para aktor politik yang mungkin hanya ingin parlimen dibubar atas kepentingan tertentu atau kepentingan pihak depa sahaja tanpa depa mengira kepentingan rakyat jelata dan negara-kerisauan rakyat dengan masalah banjir yang boleh berlaku pada bila -bila masa sahaja.

Maka cuba anda bayangkan jika kehendak atau nafsu serakah pihak tersebut tidak dikekang oleh YDPA di bawah Perkara 40 (2) (b) PP?

YB Sepang.
1/10/2022

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan