PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan
belanjawan khas berjumlah RM55.96 bilion pada sidang Dewan Rakyat yang
bermula hari ini
Pembentangan itu berada dalam turutan perkara kesembilan pada kertas aturan Dewan Rakyat yang berkemungkinan besar bakal dibentang pada Selasa, menurut Malaysiakini.
Berdasarkan kertas aturan itu, belanjawan ini akan dibiayai daripada
kumpulan wang pembangunan negara mengikut Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang
Pembangunan.
Bagaimanapun, perbelanjaan itu tidak dapat diluluskan susulan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.
Parlimen akan bersidang buat pertama kali selepas PRU15 esok dengan agenda pertama membabitkan pemilihan speaker Dewan Rakyat, timbalannya dan angkat sumpah ahli parlimen.
Usul undi percaya terhadap Anwar juga akan dibuat hari ini
0 comments:
Catat Ulasan