Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kembalikan saman terhadap Hadi

 


Mahkamah Persekutuan menolak permohonan oleh dua penganut Kristian dari Sabah untuk mengembalikan semula saman terhadap Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan Presiden PAS itu yang didakwa berbaur hasutan terhadap penganut agama itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini sebulat suara membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan peguam Hadi Yusfarizal Yussof.

Panel berkenaan turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim Thiam Suan dan Harmindar Singh Dhaliwal

Peguam responden mengemukakan bantahan berhubung permohonan kebenaran rayuan yang tidak disahkan dengan betul oleh penandatangan yang tinggal di Labuan.

Peguam kedua-dua warga Sabah itu, R Kengadharan memberitahu mahkamah bahawa dia menghadapi kesukaran untuk menghubungi deponen.
 
\Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian memohon kebenaran untuk memulakan rayuan bagi mengembalikan saman sivil mereka.
 
Pada 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman pemula itu dan Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan tersebut.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan