AUKU Tidak Melarang Berfikir, Siswa Sendiri Yang Malas


Oleh Fathi Aris Omar

AUKU ini perjuangan basi. Hanya siswa yang kurang fikir dan buta persekitarannya bawa isu basi.

Mereka dengar cakap orang tua-tua atau aktivis senior-senior yang bodoh, mandul dan mandom; baca cerita lama yang tidak cerdik.

Siswa seperti ini akan masuk sektor parti politik dan NGO. Dua lagi sektor yang suka kitar semula sesuatu yang kurang difikir-fikirkan dengan masak.

Ada banyak sebab. Antaranya, tidak faham konsep asal dan awal apa itu kebebasan akademik.

Selepas itu tidak jelas apa kaitan kampus dengan politik. Ketiga, tidak sedar naik turun aktivisme. Keempat tidak faham komodifikasi IPT.

Kelima, tidak tengok cara belajar dan lingkungan kampus dunia yang hebat dan cemerlang.

Aku tiada niat perlekeh atau sinis. Aku hanya kasihan. Anak aku masih di kampus. Aku aktivis pelajar dulu. Aku kini masih latih anak muda.

Tetapi AUKU ini perjuangan entah apa-apa! Selalunya disuara sebab Seksyen 15 yang larang berpolitik. Ini isu besar PKPIM bawa dulu-dulu.

Tetapi selain bersama siswa kaki demo era reformasi 1998 hingga 2001, yang aku cukup dekat dan simpati, aku belasah sahaja siswa di meja.

Khasnya sejak kami melepak di Jalan Telawi, Bangsar mulai 2001 atau 2002. Aku tanya depan-depan: AUKU larang baca buku atau tidak? AUKU larang diskusi buku atau tidak? AUKU larang tengok filem atau tidak? Larang diskusi filem?

Tidak, jawab siswa. Dah tu kenapa kau tidak buat? Kau nak terlibat berdemo atau berpolitik itu untuk apa? Kau nak ikut orang politik yang bodoh tu?

Share on Google Plus

About Editor Bebas

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan