Oleh Fathi Aris Omar
Penyelesaian Bersatu tidak susah. Kedua-dua pemimpin teratas berundur dan memberi peluang kepada muka baru yang lebih strategik.
Hari ini seorang lagi naib presiden desak TS Muhyiddin Yassin berundur. Desakan ini dibuat menjelang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden DS Hamzah Zainuddin minggu ini.
Saya setuju dengan cadangan penganalisis ini, "Muhyiddin berundur, Hamzah dipecat". Memang bunyi lucu tetapi boleh bantu redakan krisis.
Selain Ronald Kiandee, Mohd Radzi Jidin boleh menggalas tugas berat itu, menyatukan parti dan menyusun kerjasama dalam PN. DS Azmin Ali sebagai setiausaha agung boleh membantu.
Azmin ini bukan sahaja pemimpin biasa tetapi ahli strategi dan penyusun gerakan politik yang lancar. Jadi tanpa Muhyiddin atau Hamzah pun, Bersatu masih boleh bergerak.
Azmin masih ada hubungan baik dengan PAS walau ada juga yang tidak suka padanya, macam juga ada pemimpin Bersatu yang menolaknya. Tetapi Azmin ada kekuatan dan kemampuan.
Apatah lagi jika PAS menerajui PN, sama ada DS Tuan Ibrahim Tuan Man atau DS Dr Samsuri Mokhtar. Saya tidak fikir mereka berdua ini sukar bekerjasama dengan Radzi dan Azmin.
Gabungan baharu PN dan Bersatu ini boleh tingkat imej dan semangat bagi berdepan PRU.
Jangan risau sangat cakap orang bawah atau penyokong. Mereka selalu buat bising atau cakap banyak. Mereka bukan tahu banyak soal strategi.
Sebab itu DS Anwar Ibrahim sendiri tegur pemimpin akar umbi atau penyokong yang suka "merengek, merajuk dan berleter". Kalau kita layan, kita tidak boleh jadi pemimpin. Ada seni urus akar umbi ini.
Memang kerja pemimpin mendekati dan jelaskan isu dan masalah kepada ahli. Biar mereka faham. Akar umbi selalunya mahu didengari, mahu dihargai dan mahu saluran yang dapat bantu parti.
Semua parti berdepan remeh-temeh akar umbi. Jadi Bersatu atau PN perlu berani ambil tanggung jawab baiki imej parti sesegera sebelum PRU.
Kalau tanya saya, Dr Samsuri dan Azmin sudah cukup kuat untuk PN hadapi PH dan BN. Tetapi macam biasa, PAS dan Bersatu ramai pendengki. Nama mereka sengat diburuk-burukkan walau kedua-duanya ada upaya bawa PN lebih jauh.
TAMBAHAN Tadi DS Zahid Hamidi sudah beri jaminan boleh terima semula Hamzah untuk kembali ke pangkuan Umno. Mudah, kan?
Jika Hamzah kembali, Umno boleh kukuhkan Perak seperti mana beliau bantu PN di negeri itu. Siapa yang rugi? Bersatu dan PN!

0 comments:
Catat Ulasan