Oleh
KEBELAKANGAN ini, pemimpin PAS Nasruddin Hassan dilihat gopoh dan sombong.
Beliau gembira kerana ramai di kalangan pembangkang sanggup melakukan
apa sahaja untuk mengambil hati parti Islam itu, mempercayai PAS akan
menawan banyak kerusi Parlimen dan menjadi "kingmaker" pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14).
Beliau menyakitkan hati bekas sekutu politik, DAP dan PKR, melupai
yang kerjasama dengan mereka itulah memberinya dan ramai yang lain dalam
PAS akses kepada pengundi bukan Melayu.
Untuk melihat bagaimana sikap tidak sensitif dan bangga diri
Nasruddin, hanya memandu sehingga Temerloh di Pahang, kawasan di mana
pengacum itu menjadi ahli Parlimen sejak 2013.
Seperti kerusi baru di pantai Barat Semenanjung yang dimenangi PAS
pada 2013, Temerloh dimenangi hasil sokongan padu pengundi, yang
sebelumnya selalu berdepan masalah memikat pengundi bukan Islam.
Digabungkan dengan fakta ia akan bertanding dalam pertandingan tiga
penjuru menentang bekas sekutu dan musuh tradisional Umno, cita-cita PAS
menjadi "kingmaker" seolah-olah suatu kesombongan dan bermimpi di siang
hari.
Sokongan berpecah
Nasrudin memenangi Temerloh pada PRU13, empat tahun lalu selepas
pertempuran sengit dengan penyandangnya Saifuddin Abdullah, yang ketika
itu bersama Umno-Barisan Nasional (BN).
Nasrudin menang dengan majoriti tipis sebanyak 1,070 undi, sebahagian
besarnya disebabkan masyarakat Cina dan India di kawasan berkenaan yang
membentuk 24% dan 9% daripada pengundi.
"Dalam semua daerah mengundi Cina, PAS memenangi hampir 95% undi
Cina," kata Ahmad Tarmizi Ismail, bekas aktivis kanan PAS di Temerloh
yang kini menyertai Amanah.
Trend yang sama berlaku di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri PAS lain
iaitu Kuala Semantan, Tanjung Lumpur dan Beserah, kata Tarmizi – mereka
menang dengan sokongan kuat pengundi bukan Islam yang membentuk antara
27% dan 20% daripada pengundi.
Sementara, Umno dan BN pula meraih di antara 55% dan 60% daripada undi Melayu di negeri itu.
Personaliti dan perkhidmatan
Personaliti dan rekod calon juga adalah faktor penting bagi kalangan
penduduk Temerloh dan Nasrudin mempunyai kekurangan dalam hal ini.
Nasrudin yang juga ketua penerangan PAS, menyampaikan ceramah agama
di sebuah masjid berhampiran Batu Satu seminggu sekali, tetapi selain
itu, penduduk tidak melihatnya.
Guru agama Ibrahim Ahmad masih ingat Nasruddin melawat kampung di
Desa Murni pada Julai 2016 di mana bumbung kira-kira 120 rumah
diterbangkan semasa ribut.
"Seorang saudara saya berkata beliau hanya melawat rumah tetapi tidak
masuk ke dalam apabila dijemput. Ia sangat tidak mesra bagi seorang
wakil rakyat," kata Ibrahim.
Seorang lagi penduduk Samsurizal Mohd Shah, yang menjual pakaian
kanak-kanak berhampiran esplanad di bandar ini, katanya dalam
pertandingan antara Nasrudin dan wakil tempatan daripada Umno Mohd
Sharkar Shamsudin, beliau percaya penduduk akan menyebelahi Umno.
"Nasrudin dan Sharkar pernah membantu penduduk Temerloh tetapi saya percaya Sharkar mempunyai kelebihan."
Nasrudin tidak memberi respons kepada panggilan telefon dan permintaan untuk mendapatkan sebarang komen.
Sharkar yang juga Adun Lancang, disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon BN bagi kerusi Temerloh pada PRU14.
Temerloh terdiri daripada Mentakab, Lancang dan Kuala Semantan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri.
Sharkar mewakili Lancang sejak 2004 dan banyak menyalurkan bantuan daripada kerajaan BN Pahang kepada Temerloh.
Ini termasuk membelanjakan RM24 juta untuk membaiki 3,000 rumah kampung di seluruh Temerloh yang rosak akibat banjir dan ribut.
"Kami memberikan jutaan ringgit bantuan untuk sekolah, surau, masjid
dan seminari agama. Kami menyediakan biasiswa negeri dan bantuan untuk
orang kurang upaya dan tidak berdaya," kata Sharkar.
Sharkar berkata BN merancang membina lima rumah PR1MA (Skim Perumahan
1Malaysia) dan Skim Rumah Kos Sederhana di Temerloh untuk pembeli rumah
kali pertama.
"Kami akan menawan semula Temerloh berdasarkan bilangan penyokong, rekod perkhidmatan dan rancangan masa depan kami."
Walaupun Pakatan Harapan (PH) percaya kos sara hidup yang tinggi akan
mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi dan membawa mereka
jauh daripada BN, Sharkar berhujah yang kemampuan parti pemerintah
untuk membuat pelaksanaan akan berjaya mengatasi mana-mana parti
pembangkang.
"Saya rasa pengundi boleh membezakan antara rekod pencapaian kita dan
janji pembangkang. Harga sudah meningkat tetapi saya tidak melihat
pembangkang memberi jaminan harga akan turun jika mereka dipilih,"
katanya.
Apabila beliau berbicara tentang pembangkang, ia termasuklah juga PAS.
Pemerhati politik dan peninjau pendapat percaya ia akan menjadi satu
keajaiban bagi Nasruddin untuk mengekalkan kerusinya tanpa bank undi
bukan Melayu yang penting itu.
Hal yang sama berlaku kepada kerusi Parlimen lain yang dimiliki parti
Islam pada 2013. Ringkasnya, keahlian dalam Pakatan Rakyat mempunyai
keistimewaan – sokongan pengundi Cina dan India yang secara tradisinya
sangsi dengan PAS.
Tindakan
memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP, menyebabkan keistimewaan
ditarik. Di Temerloh, cakap besar Nasruddin akan berakhir.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan