'Kami tak sentuh bangunan, rumah ibadat, penjaja haram sebelum 2008' - DAP

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008 di negeri itu, kecuali ia mengganggu orang awam dan aliran trafik.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menegaskan perkara itu berkata, ia merupakan dasar kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP selepas parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

"Kami buat keputusan bahawa sebaik kami jadi (kerajaan), semua bangunan haram atau penjaja haram tidak akan disentuh, kecuali ia mengganggu orang awam dan aliran trafik, sehingga satu penyelesaian dapat dicapai.

"Kita tidak mengehadkan tempoh masa untuk penyelesaian yang baik di antara semua pihak," katanya kepada media selepas hadir bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri menyatakan solidariti kepada anggota Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh di Perkarangan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram selepas tahun 2008, bagaimanapun ia bergantung kepada keperluan.


Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan