Mat Taib rampas gelaran ‘Raja Katak’, kata Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Presiden Perkasa menyifatkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib merampas gelaran “Raja Katak” daripadanya.

Datuk Ibrahim Ali “kecewa” kerana bekas menteri besar Selangor diibarat menang pingat emas apabila kembali ke Umno Ahad lalu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Mohamad Ezam Mohd Noor juga dianggapnya pemegang pingat emas, lapor Sinar Harian.

Ibrahim meletakkan dirinya sebagai “jatuh” kepada pemegang pingat perak.
“Mat Sabu dan kumpulannya yang menubuhkan parti baharu dianggap pemegang pingat gangsa,” katanya.

Muhammad atau Mat Taib, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pada 2008 sebelum ini menyertai PAS dan PKR.

Ibrahim pernah menyertai Semangat 46 sebelum menang atas tiket PAS, kemudian menjadi wakil Bebas.

Beliau secara peribadi menyimpulkan keputusan menyertai Umno sebagai hak Mat Taib.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan