Sebanyak 11 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 336 mangsa daripada 86 keluarga setelah beberapa buah kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata pusat pemindahan dibuka sejak pukul 9 malam tadi.
Ia melibatkan Pusat Pemindahan (PP) Surau Kampung Sungai Bongkok yang menempatkan 60 orang mangsa, PP Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (8 mangsa), PP Dewan Steang Wam Kowang (23 mangsa) dan PP Surau Kampung Padang Tok Sora (72 mangsa).
Turut dibuka PP Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2 (18), PP Dewan Taman Bedong Jaya (80), PP Surau Taman Malinja, Semeling (20), PP Masjid Permatang Gedong dan Sungai Petani (40).
Untuk PP Dewan Kampung Sungai Pasir dan Dewan Kampung Lebai Ali, Bedong, jumlah mangsa belum diketahui.
Sementara sebuah PP dibuka 6 pagi tadi di Dewan Kampung Segantang Garam yang menempatkan 15 mangsa.
Azahar berkata secara keseluruhan sehingga pukul 9 pagi tadi, 45 buah kampung di 12 mukim dan empat kawasan taman perumahan terjejas akibat banjir kilat.
- Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan