Banjir Kilat Pulau Pinang: Lim Guan Eng Minta TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendapatkan bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas negeri itu dilanda banjir besar.

Menurut Lim beliau menghubungi Ahmad Zahid menerusi telefon kira-kira jam 3.30 pag tadi.
Katanya Ahmad Zahid berjanji menghantar tentera bagi membantu kerja-kerja menyelamat di Pulau Pinang.

"Saya berterima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya pada jam 3.30 pagi," katanya kepada media semasa melawat pusat pemindahan Butterworth, Seberang Perai Utara.

Lim menjelaskan keadaan yang dialami Pulau Pinang ketika ini sebagai sesuatu yang tidak pernah terjadi. 
Menurut anggota parlimen Bagan itu kira-kira 80 peratus Pulau Pinang dilanda angin kencang dan hujan berterusan.
Beberapa jam sebelum hujan lebat di Pulau Pinang taufan Damrey dilaporkan melanda Vietnam dan membunuh sekurang-kurangnya 19 orang.
Kekuatan taufan kategori dua itu bagaimanapun berkurangan selepas itu menjadi ribut tropika.

Pusat Bencana Pasifik dan portal mengesan taufan, cycloane.com, melaporkan berlaku pembentukan gangguan tropika ke atas semenanjung yang dirujuk mereka sebagai "invest 95W".

Difahamkan situasi itu tidak akan berkembang menjadi ribut tetapi masih memberi kesan terhadap kestabilan cuaca semasa.

Hujan lebat dan angin kencang melanda Pulau Pinang sejak semalam dan air mula naik tidak lama kemudian.

Jabatan Meteorologi malam tadi mengeluarkan amaran tahap merah berhubung hujan lebat di Pulau Pinang dan sebahagian Kedah.

Turut menerima kesan - tetapi pada kadar yang lebih rendah - ialah Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata satu kematian dilaporkan setakat ini membabitkan lelaki Bangladesh yang dihempap pokok tumbang.

Katanya kejadian malang itu berlaku di Bagan Dalam.

"Setakat ini enam kawasan dilanda banjir kilat dann kira-kira 300 rumah terjejas," katanya awal pagi tadi.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan