SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini
mengumumkan pemberian bonus 3 bulan kepada kakitangan perkhidmatan awam
negeri itu, di mana bonus 1 bulan akan diberikan pada Disember dan bonus
2 bulan sudah diberikan Jun lepas.
Azmin berkata cadangan tambahan bantuan khas kewangan itu bagi
membantu ibu bapa membuat persediaan persekolahan anak-anak tahun depan.
Ketiga-tiga bayaran itu memberi implikasi kewangan sebanyak RM94.65
juta. “Sayugia diingat, pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun ini,
dan dibayar tahun ini.”
“Pembayaran sebanyak dua bulan telah pun dilakukan pada pertengahan
Jun 2017 menjelang sambutan Eidul Fitr. Untuk melengkapi bantuan khas
kewangan tersebut, satu bulan gaji akan dibayar pada 21 Disember 2017
untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,”
katanya
Selain itu, bantuan jug akan diberikan kepada 6,725 guru-guru KAFA
dan 371 Ketua-Ketua Kampung Tradisi, 78 Ketua Kampung Baru Cina dan
Kampung Bagan serta 48 Ketua Komuniti India.
Wayang Azmin
Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan pengumuman
itu sebagai wayang kerana pemberian bonus itu menggunakan peruntukan
belanjawan 2017 dan 2 bulan sudah dibayar Jun lepas.
“Jadi tahun depan pakai belanjawan yang mana? Ini belanjawan 2018.Apa
akan jadi pada tahun hadapan? Apakah belanjawan ini akan dirombak?”
kata penyelaras BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Beliau juga berkata pemberian tu tidak adil kerana ia tidak mengambil
kira 50,000 kakitangan kerajaan pusat di negeri itu yang menyokong
pembangunan di Selangor.
“Mereka tak ambil kira polis, kakitangan hospital, klinik, guru-guru
dan pelbagai lagi jabatan kerajaan. Ini menyebabkan mereka hanya melihat
apa yang diperolehi orang lain,” katanya.
Nadzari juga memaklumkan kakitangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut menerima nasib sama.
Terdahulu, Azmin membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM3.12
bilion pada tahun 2018 berbanding RM3.45 bilion pada tahun sebelumnya,
atau penurunan sebanyak RM33 juta.
Ia juga merupakan defisit belanjawan keempat berturut-turut
dibentangkan Azmin apabila kerajaan negeri dijangka mencatatkan defisit
RM870 juta pada tahun depan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan