POLIS Malaysia sudah mengambil keterangan Raja Petra Kamaruddin di
United Kingdom awal minggu ini berkaitan dua laporan polis yang dibuat
terhadapnya oleh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.
Satu pasukan terdiri daripada tiga pegawai Ibu Pejabat Polis Kuala
Lumpur merekodkan keterangannya pada pertemuan selama lima jam Rabu
lalu.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan yang pasukan polis dihantar ke UK untuk menyoal siasat Raja Petra.
“Untuk ambil keterangan dia,” kata Fuzi dalam mesej pesanan ringkas .
Polis terpaksa pergi ke UK untuk mengambil keterangan Raja Petra kerana penulis blog pro-Umno itu tinggal dalam buangan di sana.
Dia melarikan diri dari Malaysia selepas didakwa dengan dakwaan
hasutan dan fitnah pada 2006 susulan siri rencana yang diterbitkannya
mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam
kes pembunuhan warga Monglia, Altantuya Shaariibuu.
Laporan polis Apandi yang diklasifikasikan sebagai jenayah fitnah
dibuat ke atas Raja Petra yang menuduh peguam negara itu terlibat dalam
korupsi menerusi dua rencananya- "Strong rumours surrounding the AG: part 1 and part 2" – yang disiarkan dalam blognya, Malaysia Today.
Antara dakwaan Raja Petra terhadap Apandi adalah peguam negara itu
meminta RM4 juta daripada seorang ahli perniagaan Cina yang dikenal
pasti sebagai “rakan niaga” Sultan Johor dalam sebuah kes yang
dimenanginya.
Raja Petra juga menulis tentang pertemuan yang dikatakan berlaku pada
2015 antara hakim kanan- iaitu bekas Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria,
Ketua Hakim Negara Md Raud Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan
Zulkefli Ahmad Makinuddin- dengan seorang ahli politik kanan
membincangkan plot menjatuhkan kerajaan.
Apandi menafikan dakwaan korupsi Raja Petra dan bagaimana kononya dia
memperolehi jawatan peguam negara dalam rencana itu menambah yang dia
akan menyaman Raja Petra “sampai ke akhirat”.
Dia membuat laporan polis di Kuantan, Pahang dan Jabatan Peguam
Negara pula membuat laporan polis kedua di Putrajaya bulan lepas.
Pejabat Apandi juga membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap blognya, Malaysia Today.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan